suka untuk saya bercerita tentang hal ini memandangkan sekarang ramai sukarelawan yang dihantar ke pusat2 banjir dari sini kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang apabila ditimpa musibah. sekarang, kat laman sosial banyak bercerita tentang pemimpin tu macam ni la, macam tu la....dan bla bla bla.... itu saya malas nak komen. cukup kalo saya komen tentang hal itu bersama teman2 rapat saya sahaja.
saya sendiri masih belum berkesempatan untuk menjadi sukarelawan, walaupun hati saya mengatakan saya seharusnya pergi membantu orang2 yang dalam kesusahan. saya nak sangat pergi tetapi setiap kali saya ingin menawarkan diri, ketika itu pasti ada ral melintang. mungkin ada hikmahnya yang Allah tak izinkan saya menjadi sukarelawan.
akhirnya, media sosial, MukaBuku yang menjadi tempat saya mendapatkan info2 tentang mangsa2 banjir, kawasan2 yang terlibat dan siapakah sukarelawan2 yang terlibat. dan ada satu kumpulan yang saya sangat suka. Kerabat Diraja Pahang.
mereka membantu tanpa mengira kaum, bangsa, pangkat dan darjat. kenapa saya highlightkan kisah mereka? sebab kita selalu menerima komen2 negatif tentang pemimpin2 di negara2 kita. mungkin keluarga diraja pahang bukanlah sempurna tetapi mereka adalah yang pertama yang akan turun padang pabila rakyat berada dalam kesusahan.
apa buktinya? pernahkah saya berjumpa dengan mereka? pernah, saya pernah brjumpa dengan mereka, ketika saya pergi mengambil wang sumbangan untuk anak-anak yatim pada tahun 2011. walaupun saya tidak pernah berbicara dengan mereka, tetpi kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang itu melalui tingkah laku mereka. malahan rakan2 saya sendiri memuji mereka apabila hal2 berkaitan rakyat jelata dibangkitkan.
keluarga diraja pahang mungkin tidak terkenal di negeri2 lain, tetapi di hati anak jati pahang seperti saya, mereka sangat terkenal kerabat diraja yang mesra rakyat. mereka bersama-sama menyinsing lengan baju, memasak, mengagihkan makanan untuk mangsa banjir di kuantan, terutama sekali Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Iskandariah. dilupakan juga Tengku Muda Pahang, bersama-sama membantu mengagihkan makan kepada rakyat jelata.
mereka tak kisah bersama2 mengotorkan baju untuk membantu rakyat jelata, mereka tak kisah makan lauk yang sama denganmangsa banjir. mereka tak de nak demand minx kerusi yang beralaskan kusyen, nasi berlaukkan ayam golek dan sebagainya.
akhirul kalam, tahniah kepada kaum kerabat di raja PAHANG. Terima kasih kerana sudi membantu rakyat jelata yang kesusahan di kuantan. terima kasih sebab tak menjadi pemimpin yang hanya tahu cakap kosong, hanya mempamerkan muka di petempatan banjir.
TERIMA KASIH KELUARGA DIRAJA PAHANG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KALIAN.
p/s : maaf sbb saya x pandai menggunakan bahasa istana.
No comments:
Post a Comment