Blog Archive

Friday, 6 December 2013

Seandainya saya pergi Menghadap Allah....

Malaikat maut sentiasa bersedia untuk mencabut nyawa kita. masa untuk kita tinggalkan dunia ini telah tercatat di Luh Mahfuz. malahan ianya telah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. seandainya kita mati sekarang, mudah-mudahan kita mati sebagai hamba yang Allah terima ibadahnya, hamba yang Allah sentiasa berkati hidupnya, hamba yang sentiasa ingat Allah tak kira di mana kita berada.

akhir2 ini saya selalu membaca tentang ank muda yang kita orang biasa2 katakan, orang alim. kisah tentang Saudara Ahmad Ammar b. Ahmad Azam, Saudari Siti Hajar, Presiden Pelajar Malaysia Di Mesir. mereka bertiga ini merupakan hamba Allah yang kita panggil anak muda yang alim. ketiga2 mereka, meninggal kerana kemalangan jalan raya. Saudara Presiden itu saya terlupa namanya tetapi saya ingat kisahnya.

kisah2 mereka membuatkan saya terfikir, saya juga bakal jenazah, cuma bila saya tak tahu. adakah saya juga akan pergi di usia muda? mungkinkah saya akan mati dalam masa terdekat? saban hari saya berfikir. kisah saudara Ammar mendapat liputan meluas di media sosial. sehingga ada video khas untuk beliau, malahan dia diiktiraf oleh rakyat Islam Turki.

usianya tua setahun dari saya, tetapi banyak perkara yang dia telah laksanakan di usia semuda 20 tahun. saya? tanggung jawab pada ibu saya sendiri pun belum sepenuhnya terlaksana. kisah saudari Siti Hajar, saya baru baca sebentar tadi. tetapi kisah dia pernah diceritakan oleh rakan sebilik saya sebulan dua yang lalu. kisah dia juga mendapat tempat di hati saya.

 Allahurobbi, seandainya saya pergi, adakah saya mampu menjadi seperti saudara Ammar, Saudari Siti Hajar dan saudara Presiden? menjadi hamba Allah yang memberi inspirasi kepada umat Muhammad di akhir zaman ini? mampukah saya? saya masih jauh dari sempurna sebagai umat Muhammad. saya jadi risau sendiri, bagaimana saya mati nanti? dalam keadaan baikkah? adakah saya akan menyusahkan ramai orang setelah tamatnya riwayat hidup saya?

 Allah, sungguh saya masih ada rasa takut pada mati sedangkan apabila kita mati, kita kembali kepada sang Pencipta, tetapi rasa takut itu masih ada dalam jiwa saya. kerana saya sedar masih dosa saya yang belum diampunkan, masih kurangnya ibadah saya kepada Allah, masih banyak kekurang dalam diri saya. seandainya saya mati, biarlah dalam keadaan yang baik, bukan baik pada pandangan manusia, tetapi pada pandangan Allah.

"Ya Allah, seandainya nyawa yang Kau pinjamkan ini di ambil, biarlah ketika diriku ini diredhai-MU. Seandainya aku mati, biarlah aku mati di dalam rahmat-Mu Ya Allah. Biarlah aku mati sebagai hamba-Mu yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Ya Allah, apabila nyawaku Kau ambil kembali kelak,aku hamba-Mu yang kerdil ini memohon Kau ampunkan dosa-dosaku. dosa-dosa ibuku, dosa-dosa bapaku, dosa-dosa kaum kerabatku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa rakan-rakanku, dan dosa-dosa seluruh umat Islam di dunia ini ya Allah. sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun. Amin Ya Rabbal 'Alamin."


No comments:

Post a Comment