Blog Archive

Sunday, 8 December 2013

SYIAH, BAHAYANYA MEREKA KEPADA KITA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH....

dalam diri saya, telah diterapkan sikap suka membaca. mungkin sikap semula jadi ibu bapa yang saya terima. apa yang saya ingat, ibu saya sentiasa menggalakkan saya membaca tanpa mengira jenis buku yang ingin saya baca.

setiap tahun, ketika saya di sekolah rendah, akan ada jualan buku-buku cerita. kami akan diberi senarai buku yang ingin dibeli dan dibawa pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada ibu bapa masing2. dan bila tiba di rumah, saya akan tandakan buku2 yang saya ingin beli. kebiasaannya, dari 10 buah buku, 7 atau 8 buah buku yang akan saya beli. ibu saya jenis yag tidak berkira dengan buku, dia sentiasa senang hati menghulurkan wang untuk buku.

malahan, kalo kami keluar membeli barang rumah, saya akan pastikan kami singgah ke kedai buku. sama ada untuk membeli komik atau buku cerita. zaman sekolah rendah, saya sangat suka membaca majalh Ujang, mase tu, harga pun murah, RM4.50 je, tak macam sekarang Rm6++, mlahan, kadangkala sehingga RM8++.

kembali kepada topik asal, masa kecil saya juga diisi dengan membaaca surat khabar. mase dulu, surat khabarnya besar2, mcam utusan malaysia skrg.saya masih ingat, ketika itu, berita mengenai bagaimana cara syiah menyambut hari Asyura. seperti yang kita tahu, mereka akan melukakan badan mereka. mase tu sang penulis berita hanya ingin menunjukkan bagaimana rakyat di seluruh dunia menyambut hari asyura, bkn kerana fahaman syiah atau sunni.

kemudian satu lagi berita suuatu ketika dahulu yang memuji puak syiah adalah tentang presiden Iran yang ke-6, Mahmoud Ahmadinejad. ramai yang memuji-muji dia kerana dia berani melawan Amerika Syarikat, hidupnya sederhana dan sebagainya.  begitu juga tentang kisah Ayathollah Khomeini(maaf saya tidak mengkaji tentang sejarah hidup beliau,yang saya tahu tentang dia hanya sedikit). jadi suatu ketika dahulu saya juga antara orang yang memuji Mahmoud Ahmadinejad.

suatu hari, ustazah saya di sekolah menengah, Ustazah Noor Huda menunjukkan satu video berkaitan Mahmoud Ahmadinejad. Dia merupakan pengikut syiah yang kuat, malahan dalam video tersebut mengatakan bahawa sebenarnya dia mempunyai hubungan baik dengan pakcik Bush. masa itu saya belum cukup percaya, dalam jiwa saya ketika itu mengatakan, apa salahnya kalau berfahaman syiah? bukankah masih beragama Islam?

dan ianya kembali kepada sifat suka membaca saya. saya membaca sebuah buku mengenai simbol2 yang melambangkan Zionis, dan ditunjukkan antara tokoh yang membuat lambang tersebut adalah pakcik Mahmoud. kemudian di dalam buku itu juga menunjukkan gambar dia bersalaman mesra dengan pakcik Bush. dan setelah itu, saya belajar pula mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah ketika di tingkatan 5 dan Ajaran2 sesat yang terdapat di malaysia. dan syiah termasuk dalam kalangan ajran sesat.

ketka ini, hati saya yakin, pakcik Mahmoud bukan pemimpin Islam. kerana seperti yang pensyarah di universiti saya sendiri katakan, Syiah itu sendiri bukan Islam. tiada istilah orang Islam yang berfahaman Syiah. malahan dalam  buku yang saya pernah baca , Syiah diasaskan oleh seorang lelaki kaum yahudi, Abdullah bin Saba' @ Ibnu Sauda ( saya tidak pasti, dia  berpura-pura memeluk agama Islam) atas rasa dendam terhadap umat Islam setelah ibu bapanya dibunuh dalam Perang Khaibar.

dan kita semua mulai sedar tentang bahayanya puak Syiah ini setelah terjadinya tragedi di Syria. Puak Syiah yang membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah. dan fahamn syiah juga semakin merebak di Malaysia. ketika inilah baru kita sedar yang Iran bkanlah negara Islam yang kita boleh banggakan kerana mereka merupakan sebuah negara yang berfahaman Syiah.

ketika inilah kita sedar bahayanya mereka dalam kalangan ahli sunni, sekarang barulah kita sedar bahawa mereka merupakan duri dalam daging bagi umat Islam. Syiah tidak pernah Islam kerana mereka melebihkan Saiyidina Ali bin Abi Talib berbamding Nabi Muhammad S.A.W. kenapa mereka tidak pernah Islam? Kerana bukti keIslaman kita adalah berdasarkan syahadah kita " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". itu bukti kita umat Islam, jadi bagaimana orang yang mendahulukan Saiyidina Ali boleh dikatan Islam?

sukarelawan oh sukarelawan......

suka untuk saya bercerita tentang hal ini memandangkan sekarang ramai sukarelawan yang dihantar ke pusat2 banjir  dari sini kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang apabila ditimpa musibah. sekarang, kat laman sosial banyak bercerita tentang pemimpin tu macam ni la, macam tu la....dan bla bla bla.... itu saya malas nak komen. cukup kalo saya komen tentang hal itu bersama teman2 rapat saya sahaja.

saya sendiri masih belum berkesempatan untuk menjadi sukarelawan, walaupun hati saya mengatakan saya seharusnya pergi membantu orang2 yang dalam kesusahan. saya nak sangat pergi tetapi setiap kali saya ingin menawarkan diri, ketika itu pasti ada ral melintang. mungkin ada hikmahnya yang Allah tak izinkan saya  menjadi sukarelawan.

akhirnya, media sosial, MukaBuku yang menjadi tempat saya mendapatkan info2 tentang mangsa2 banjir, kawasan2 yang terlibat dan siapakah sukarelawan2 yang terlibat. dan ada satu kumpulan yang saya sangat suka. Kerabat Diraja Pahang.

mereka membantu tanpa mengira kaum, bangsa, pangkat dan darjat. kenapa saya highlightkan kisah mereka? sebab kita selalu menerima komen2 negatif tentang pemimpin2 di negara2 kita. mungkin keluarga diraja pahang bukanlah sempurna tetapi mereka adalah yang pertama yang akan turun padang pabila rakyat berada dalam kesusahan.

apa buktinya? pernahkah saya berjumpa dengan mereka? pernah, saya pernah brjumpa dengan mereka, ketika saya pergi mengambil wang sumbangan untuk anak-anak yatim pada tahun 2011. walaupun saya tidak pernah berbicara dengan mereka, tetpi kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang itu melalui tingkah laku mereka. malahan rakan2 saya sendiri memuji mereka apabila hal2 berkaitan rakyat jelata dibangkitkan.

keluarga diraja pahang mungkin tidak terkenal di negeri2 lain, tetapi di hati anak jati pahang seperti saya, mereka sangat terkenal kerabat diraja yang mesra rakyat. mereka bersama-sama menyinsing lengan baju, memasak, mengagihkan makanan untuk mangsa banjir di kuantan, terutama sekali Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Iskandariah. dilupakan juga Tengku Muda Pahang, bersama-sama membantu mengagihkan makan kepada rakyat jelata.

mereka tak kisah bersama2 mengotorkan baju untuk membantu rakyat jelata, mereka tak kisah makan lauk yang sama denganmangsa banjir. mereka tak de nak demand minx kerusi yang beralaskan kusyen, nasi berlaukkan ayam golek dan sebagainya.

akhirul kalam, tahniah kepada kaum kerabat di raja PAHANG. Terima kasih kerana sudi membantu rakyat jelata yang kesusahan di kuantan. terima kasih sebab tak menjadi pemimpin yang hanya tahu cakap kosong, hanya mempamerkan muka di petempatan banjir.

TERIMA KASIH KELUARGA DIRAJA PAHANG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KALIAN.

p/s : maaf sbb saya x pandai menggunakan bahasa istana.

Friday, 6 December 2013

Seandainya saya pergi Menghadap Allah....

Malaikat maut sentiasa bersedia untuk mencabut nyawa kita. masa untuk kita tinggalkan dunia ini telah tercatat di Luh Mahfuz. malahan ianya telah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. seandainya kita mati sekarang, mudah-mudahan kita mati sebagai hamba yang Allah terima ibadahnya, hamba yang Allah sentiasa berkati hidupnya, hamba yang sentiasa ingat Allah tak kira di mana kita berada.

akhir2 ini saya selalu membaca tentang ank muda yang kita orang biasa2 katakan, orang alim. kisah tentang Saudara Ahmad Ammar b. Ahmad Azam, Saudari Siti Hajar, Presiden Pelajar Malaysia Di Mesir. mereka bertiga ini merupakan hamba Allah yang kita panggil anak muda yang alim. ketiga2 mereka, meninggal kerana kemalangan jalan raya. Saudara Presiden itu saya terlupa namanya tetapi saya ingat kisahnya.

kisah2 mereka membuatkan saya terfikir, saya juga bakal jenazah, cuma bila saya tak tahu. adakah saya juga akan pergi di usia muda? mungkinkah saya akan mati dalam masa terdekat? saban hari saya berfikir. kisah saudara Ammar mendapat liputan meluas di media sosial. sehingga ada video khas untuk beliau, malahan dia diiktiraf oleh rakyat Islam Turki.

usianya tua setahun dari saya, tetapi banyak perkara yang dia telah laksanakan di usia semuda 20 tahun. saya? tanggung jawab pada ibu saya sendiri pun belum sepenuhnya terlaksana. kisah saudari Siti Hajar, saya baru baca sebentar tadi. tetapi kisah dia pernah diceritakan oleh rakan sebilik saya sebulan dua yang lalu. kisah dia juga mendapat tempat di hati saya.

 Allahurobbi, seandainya saya pergi, adakah saya mampu menjadi seperti saudara Ammar, Saudari Siti Hajar dan saudara Presiden? menjadi hamba Allah yang memberi inspirasi kepada umat Muhammad di akhir zaman ini? mampukah saya? saya masih jauh dari sempurna sebagai umat Muhammad. saya jadi risau sendiri, bagaimana saya mati nanti? dalam keadaan baikkah? adakah saya akan menyusahkan ramai orang setelah tamatnya riwayat hidup saya?

 Allah, sungguh saya masih ada rasa takut pada mati sedangkan apabila kita mati, kita kembali kepada sang Pencipta, tetapi rasa takut itu masih ada dalam jiwa saya. kerana saya sedar masih dosa saya yang belum diampunkan, masih kurangnya ibadah saya kepada Allah, masih banyak kekurang dalam diri saya. seandainya saya mati, biarlah dalam keadaan yang baik, bukan baik pada pandangan manusia, tetapi pada pandangan Allah.

"Ya Allah, seandainya nyawa yang Kau pinjamkan ini di ambil, biarlah ketika diriku ini diredhai-MU. Seandainya aku mati, biarlah aku mati di dalam rahmat-Mu Ya Allah. Biarlah aku mati sebagai hamba-Mu yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Ya Allah, apabila nyawaku Kau ambil kembali kelak,aku hamba-Mu yang kerdil ini memohon Kau ampunkan dosa-dosaku. dosa-dosa ibuku, dosa-dosa bapaku, dosa-dosa kaum kerabatku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa rakan-rakanku, dan dosa-dosa seluruh umat Islam di dunia ini ya Allah. sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun. Amin Ya Rabbal 'Alamin."