Blog Archive

Monday, 24 June 2013

Ramadan tiba lagi......countdown to Ramadan....(^U^)

okey, assalamualaikum......
skrg ni dah msuk ujung2 bulan jun bulam Syaaban. so, mse ni ramai la yang countdown nak pose. ade yg hepi, ade yg sedih. sedih tu pulak terbahagi kepada dua. sedih sebab x dpt mkn waktu siang selama sebulan (ni perangai anak cik kiah yang umur nam taon tuh), ataupun sedih sebab tak abih lagi ganti pose...tuttuttut...ops...

hahaha, xpe,xpe, sempat lg nak ganti pose tuh. ada dua minggu lg nih...yg mne x start langsung lg pose tu, terpaksa la yer puase sederet seminggu teruih, nnt x sempat.

alkisahnye, cik montel ni buka citer2 sal pose ganti. tp nak cite sal pengalamn pose. almaklumlah, ni first time pose sebulan penuh ngan mak sendiri selepas enam tahun aku dok asrama. lima tahun kat boarding school, setahun kat matrik, so, taon ni untung, pose pon bulan tujuh, masih cuti panjang sblom g mne2 universiti kat malaysia ni bulan sembilan nnt.

saje la nak share2 pengalaman pose kat asrama. mse aq skool dulu, dewan makan @ dema ter'chenta'ku  bukak seawal 4.30 pg. so ada la geng2 yg jenis bgn awal g mkn sahur, tp normally ramai yg g kol 5, 5.15. kononnye makan awal nnt cepat lapo, yoyok'o je sorg2, padahal malas nak bgn. aku? hehehe, aq species yg bgn kol 4.50, g dema kol 5. gosok gigi, basuh muke bagai, br g dema. tp kalo g dema tu, mmg muke seorg, seposen je siap mata sepet lg tuh.hahahaha.

aku ni bukan spesies ske sgt g turun mkn kat dema tu. biasenye, aq dok kat bilik, mkn megi ke, biskut kering cicah air Nescafe ke, x un, kalo aq g 7E, aq beli la roti ngan tuna mayonis banyak2, mkn ramai2 ngan kawan baik aq merangkap teman tepi katil aq kat asrama selama 5 taon. hahah.back to dema, aku ni mmg spesies yg x leh nak ubah dah, walaupun org bg mkn ayam mse sahur, aq ttp malas nak g, n even bilik aq mse form 5 tu kat tingkat bawah sekali pon, aq bole kira ngan jari berapa kali aq g dema. tp, sahur aq x pernah miss, gastrik nnt beb

so, kao g pon, sbb sje nak teman org, bukan nak mkn sgt pon. lepas sahur, selalu la cepat2 blk bilik nak gosok gigi, nak mandi sblom g solat subuh kat surau terchenta, Surau An-Nur. lepas tu, aktiviti ktorg cam bese la, g sekolah, blajo, prep, ngaji kat surau mse zohor, g sekolah blk, blajo lg(otak tepu gile kot kalo waktu petang, lg2 kalo ada kelas bio). dan satu lagi tabiat bulan pose utk bdk2 asrama ni yg bkn aq je buat, malahan majoriti dak2 skool aq buat, tdo time cikgu x masuk kelas. mse cikgu ngajo pon tersengguk, nikan pulok mse cikgu xde. kalobyok keje skool tuh, sengkang la bijik mate nih nok siapkan jugak sbb kalo mse prep malam, x sempat sbb nak terawih lg.

dan tibalah waktu abih skool, kol 4.30 ptg, g surau solat asar, ngaji. pastu br la blk bilik. ready2 nak bukak pose plk kat dema. mse ni, xde org yg x g. sume wajib g. heheeh, nak buke kot, spe yg nak miss. so ni aq nak share la gambo2 mse Ramadan  terakhir aq kat skool tu bersama2 ngan rakan2 aq.

















so, ni lah wajah2 ceria nak bukak puase. ni sume kwn2 aq mse zaman sekolah. zaman matrik? xde la gambo sb biasenye aq bukak sorg2 je. roommates aq dua India, mmg sah2lah x pose kan, sorang lg, dia sokmo g bukak pose ngan budak kelas, so, i'm miss lonely la.

taon ni, selepas, 6 taon, aq kembali pose selama sebulan ngan mak aku. walaupon masih awal lagi, aku, hamba Allah yg bernama Cik Montel binti Encik Chubby ingin mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN N MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN.

Thursday, 13 June 2013

Lagu Nasyid: Sayu & Bersemangat

kebanyakkan kita ni mesti ada lagu yang buat kita teringatkan sesuatu peristiwa, teringatkan seseorang, senang cerita yang meninggalkan kesan kat jiwa kita lah kan? saya po camtu jugak, ada dua lagu yang meninggalkan kesan kat jiwa saya. dua lagu ni memang bawak perubahan emosi pada saya.
korang pernah dengar lagu Nur Kasih nyanyian In-Team dan lagu Hamba-Mu nyanyian Mawi n Akhil Hayy?  dua lagu nih la yang buat saya menangis yang bersemangat. mase saya kecik2 dulu, dlm taon 2003-2004 la, mv nasyid sokmo dimainkan kat TV2, so, dr situlah saya kenal lagu Nur Kasih nih. banyak lagi lagu lain tp lagu nih yg paling saya ingt mse saya kecik2 dulu. mase tu dah malam, mak ayah saya tengah tengok tv, sy? otw nak tdo dah mse tu. biasenye, lepas abih sesuatu cite, mesti ada mv lagu2 yg tgh famous sementara nak tggu siaran rancangan seterusnye. mse ni saya kena paksa tdo sbb esok nak sekolah. so, smbil golek2 atas tilam sebelum tdo tu(x ngantuk lg, tp dah kena tdo), saya dgr la lagu nur kasih ni. entah macam mane tetiba, saya rasa sedih, dan....................
....................................... si kecik yang br sekolah rendah ni tetiba menangis. nangis sorang2 je tau. saya amik selimut tutup muka n nangis sorang2. saya x tau npe saya bley nangis sbb dgr lagu tu tp bila saya fikir2 blk, br saya ingt, dulu ada satu drama islamik ni gne kan lagu nih sbgi OST, so citer tu sy ske gle n memang sedih (alah, budak2, feeling lebih...kalo skrg, jgn harap sy nak nangis setakat tgk drama cintan cintun ni kecuali drama tu betol2 bagus). lepas tu, saya sokmo dengar lagu2 In-Team kat dlm radio kereta makcik saya. dr situlah saya mula minat In-Team.

pastu, bila saya dah besar panjang ( memang besar ngan panjang btol saya nih) saya dpt lagu baru yg saya berubah emosi. memula saya x perasan tp, mse saya buat assignment, ada msenye saya lost focus, saya lost spirit nak buat kje, pastu saya pasang la lagu kat handphone saya, n saya perasan bila saya pasang lagu Hamba-Mu, saya kembali bersemangat utk buat keje. sejak tu, bila saya buat assingment je, saya akan pasang lagu tuh, mse tu saya jd seyes buat keje, smpi roommates saya takot tgk saya, sbb dia tahu saya bukan jenis org yang serius mse bekerja, biasenye saya buat kje smbil kaco2 kawn2 saya. kiranya sya sje buat bising dlm bilik sbb saya jenis org yang cepat bosan. tp kalo assignment dah nak kena anto ari esok, tp masih2 main2, memang nak kena la jawabnye kan? mse tulah saya akan pasang lagu Hamba-Mu ni, biar bersemangt cket.

so kalo korang lagu camne yang korang ske? ni link lagu tok
lagu Hamba-Mu: http://www.youtube.com/watch?v=ETTGMY5i-SQ  
 dan ni link lagu Nur kasih:  http://www.youtube.com/watch?v=9WuP3Yw42zU

memang la bukan lagu2 ni je yg saya dengar, tp ni la dua lagu yg btol2 meninggalkan kesan kat jiwa saya. saya x membesar ngan lagu2 kpop, kpop ni pon saya baru kenal. saya lebih kenal lagu2 In-Team berbanding Maher Zain @ BigBang@ SNSD. umur saya 9 taon saya kenal lagu Nur Kasih, 10 taon kemudian, hampir semua lagu2 popular In-Team saya download. nak dapatkan kaset @ cd diorg mmg hampir mustahil la. so, men'download' je la yg saya boleh buat. makcik saya punye kaset tu pon dah hilang, 10 taon dulu, diorg antara penyanyi nasyid terkenal tanah air, kini, diorg ada syarikat rakaman sendiri n diorg menjadi pengedar lagu2 Maher Zain.

akhirul kalam, nasyid nampak x popular kalo nak dibandingkan dgn kpop, tp lagu nasyid x kan pernah jemu didengar. korang selok camne pon ngan kpop, ngan justin bieber, ngan taylor swift, one directions, korg akan jemu gak ngan diorg akhirnya nnt tp....nasyid, ni evergreen, mcm lagu raya, x kan pernah jemu didengar.


muzik dan Islam

kalau dalam telefon, saya selalu jawab panggilan dengan ayat ni:
" hello, assalamualaikum.........."
so, assalamualaikum pada korang2 yang sudi membaca blog saya yang x seberapa ni. skema kan gne perkataan saya ni? tapi biarlah, kekadang gne saya, kekadang gne aq pulak kan....
orait, kenapa tajuk saya kali ni muzik dan Islam ek? amik semangat jap......test-test, 8,6,9....cheh, ngira pon x pandai. ok2, jgn melalut lebih2 cik kak oi....heheheh

so back to the topic. korang mesti suke gle kan ngan muzik? jgn nak tipulah kalo korang ckp korang x ske muzik. dalam hidup kita nikan dipenuhi muzik. korang jgn sempitkan fikiran yang muzik tu dr guitar, drum, gambus, rebana n so on lah. korang dengar bunyi burung berkicau, bunyi ombak tu pun muzik tau, muzik alam semula jadi. (^U^).

korang mesti ada yang minat kpop la, rock la, lagu2 country lah, balada, pop rock, jazz...(er, mcm zzzz je,heheheh) n x dilupakan nasyid{ i like =)}. kalo kita buat research la kan, antara nasyid ngan kpop, mne lagi ramai org? saya tau dah jawapannye, mesti kpop kan....lagi2 untuk org2 yang dipanggil teens...bkn teenwolf ye, teen je, teenagers la. saya? saya dengar sume, asalkan sedap telinga  mendengar. nasyid dengar, kpop dengar, lagu2 country pon dengar. rock? x la kot, sakit telinga, x tahan.

hari ni saya tengok Salam Muslim, alah, progaram kat Astro Oasis tu, tp saya rasa sy ni tengok siaran ulangan je kot. hehehe, dia cite sal muzik dalam Islam.  dia cakap, masih lagi terdapt percanggahan pendapat mengenai muzik ni dalam kalangan ulama'. so, xde fatwa sahih. jd ada la beberapa ustaz dalam program tu cakap  ( ustaz ni x la sefamous UAI @ Ust. Kazim @ Ust Ridhuan Tee@ USt Ismail Kamus@ Ust Haron Din, tp x kisah la kan,asal dia ckp btol) berdasarkan kefahaman mereka ( diorg xkan faham kalo x belajo kan, kan...) yang muzik ni boleh diamalkan selagi x melalaikan. ayat selagi x melalaikan tu kita dah sokmo dengo kan? maksudnye, nak gne gitar ke, piano ke, alah, alat2 muzik yang bertali tu lah(yg org selok ckp haram tuh) boleh digunakan selagi x melalaikan. maksudnya, gne la alat2 tu buat lagu2 ketuhanan, yang memuji Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan lagu2 yang x buat pendengar dia melupakan ibadat n kerja seharian.

ada ustaz ni ckp, ada fatwa ckp gne alat2 muzik bertali ni haram sebab zaman jahiliyah dulu alat2 ni digunakan kat kelab2 malam, sebab tu ada fatwa haram ( wow, zaman dulu pon dah ada kelab, isy23x), cuba tengok, ada ke org main kompang dalam kelab, disko? mne ade. pastu ada pulak yg tnye ustaz tuh, "dah tu, boleh la main gitar dalam masjid?" kalo ikut saya, budak tadika pon tau masjid tu tempat ibadat, mne ada org ain gitar...isy23x, tp ustaz tu jawablah, " masjid tu kan, tempat mulia, tempat org beribadat, rumah Allah lagi, buat apa nak main gitar ..." pandai la ustaz jawab. fullmark untuk cara ustaz menjawab soalan.

as the conclusion ( cikgu BI saya mesti bulatkan ayat ni kalo saya tulis dlm esei BI), boleh gne alat2 muzik bertali @ mne alat muzik lain asalkan maksud lagu tu baik, x menghina nabi kita, x mnghina Allah, x menimbulkan permusuhan. cuba bayangkan, mase nak perang nih, dengar lagu merintih, mendayu-dayu, ada gak yang balik masuk masjid n doa " ya Allah, aq redha", sebab xde semangat nak tentang musuh Islam, so, mse ni la lagu2 bersemangat yang nak menaikkan semangat juang mempertahankan agama kita diperlukan. memang lagu ni x penting mne, tp cuba tnye budak2 y tengah bljo skrg, npe ko ske dengor lagu mse studi? mesti dia jawab, br lah semngt c-ket nak studi, n boleh hilangkan ngatok. so renung2kan, n selamat beramal...(chewah, ayat,tp btol la kan?)

Monday, 10 June 2013

be positive

Allah xkan bg kita ujian yg kita x mampu tanggung. itulah ayat yang ustaz n ustazah sokmo cakap kalau dlm kelas agama @ mse diorg bg tazkirah @ ceramah kat surau. orang yang dalam kesusahan akan cakap camni;
" ustaz cakap senang lah, ustaz x rase apa yang saya rase,"
memang btol, ustaz atau ustazah x rase apa yg kita rasa sbb, sperti ayt kat atas td  Allah xkan bg kita ujian yg kita x mampu tanggung.Allah bagi ujian ikut kemampuan masing2, sebab tu la, ustaz ustazah x rase apa yg kita rase, sebab ujian yg diorg terima berbeza ngan kita.

kenapa la saya buat entry ni tetiba kan? mudah je. baru2 ni saya terima result keputusan peperiksaan saya dan result sya memang sangat teruk. saya memag x sangka result saya seteruk tu. memula tu memang frust sgt2. rase macam nak pecah jantung ni terkejut sbb memang x sangka sangat, saya rasa saya boleh dapat lebih baik, tp itu yg saya dapat. memang teruk, tp x perlulah saya bgtau bape saya dapt sbb pada saya benda ni bakal mengaibkan saya, so biar result saya tu dirahsiakan.

 apa yang saya nak stiry kat c-ni, cara Allah bagi ujian kat saya. inilah salah satu ujian Allah bg kat saya. memang saya frust, tp bila saya fikir balik, mesti ada hikmah Allah buat macam kat saya. dan selepas sehari suntuk saya monyok, susah hati,n so on la, keesokkan harinya, saya kembali bersemangat. memang saya jenis mudah kembali bersemangat, sbb dia mudah je, bila stress, saya akan tdo, so bila dah bangun tu, saya anggap saya dah mulakan hari baru dalam hidup saya. let by gone be by gone.

kenapa saya x diberi keputusan cemerlang gemilang dan terbilang seperti orang lain? satu, saya kurang usaha, dua saya kurang doa, tiga, saya cepat lupa diri. 2 faktor utama tu memang sangat penting bg org yg belajar dan saya dah abaikannya, itu kesilapan saya sendiri, memang saya x boleh nak salahkan sesiapa. faktor ketiga yang saya nak cite sekarang ni.

saya cepat lupa diri. bukan maksudnye nnt saya bermegah depan org kalo saya dpt keputusan bagus, tp saya semakin pemalas. untuk orang macam saya ni yang tahap IQ nye biase2 aje, memang susah nak dapat keputusan bagus kecuali dengan usaha dan doa. so, semester satu, saya dapat keputusan yang agak bagus, dan saya sgt gembira, mse semester dua, saya dah mula main2 dah. usaha saya x sekuat sem 1. inilah yang saya katakan saya cepat lupa diri. bila dapat bagus, saya akan makin banyak main. akhirnya saya kecundang untuk final. nasib baik x tersembam terus ke tanah, kalo x, saya kembali ke matrik la sekali lagi.

jadi di sini Allah uji saya dengan keputusan final saya. memang sedih n risau, tp benda dah jadi kan? bak kata pepatah melayu, nasi dah jadi bubur. sekarang, apa yang kena risaukan, adalh kelayakan saya untuk ke bidang yang saya pilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. jadi di sini saya kena perbaiki faktor kedua saya. saya kena bnyk berdoa pada Allah untuk mendapat yang terbaik dalam hidup saya. jangan saya kecundang tersembam. doa saya kini, semoga permintaan saya ke universiti diterima n saya dapat bidang yang saya harapkan. saya kena perbaiki kembali hubungan saya dengan Allah. ujian yang Allah bagi ni sebenarnya peringatan dia supaya saya perbaiki hubungan saya dengan-NYA.  jadi hamba yng lebih baik.

life must go on. x semestinya gagal sekali gagal selamanya kan? mungkin sesetengah dari kita dah puas berusaha, berdoa, malahan mungkin tiap2 hari buat solat hajat tp x dpt apa yang diharapkan. ayat saya mudah je, Allah nak tengok kita boleh sabar x kalo DIA bg lambat cket benda yang kita harapkan @  DIA sebenarnye nak bg kita benda yang lebih baik dari apa yang kita harapkan. so, as the conclusion, never lost hope to Allah. HE know more than what we know. always pray for the best, dan cuba tengok sesuatu perkara yang kita x suka tu dr sudut positif. insya'Allah, setiap sesuati tu ada hikmahnye....

everything that happen has its own reason, be positive...(^u^)

Thursday, 6 June 2013

CCTV

kalau dah namanye budak2, memang tersangat naive tentang sesuatu perkara, macam saya suatu ketika dulu. mase saya kecik dulu, saya ada satu tabiat yang saya wajib buat kalau pegi ikut mak ayah saya beli barang kat satu minimarket kat tempat saya membesar selama 12 tahun. kedai tu milik org cina dan terletak di antara kedai tayar n minimarket india. ayah saya akan duduk kat luar mini market tu borak2 ngan tauke cina tu ataupun tauke kedai tayar dan mak saya akan buat urusan jual beli barang.

mase nilah perangai saya akan datang. saya akan merayau-rayau seorang diri kat minimarket tu dan tengok2 barang. saya paling suka pergi ke tempat detergents. kat situ saya akan buka satu demi satu botol2 sabun basuh baju tu. saya suka bau sabun basuh n softener, dan tabiat saya  lepas bau benda2 tu, saya akan amik satu botol detergent dan curah cket atas rak sabun basuh tu. hehehe, ni lah perangai pelik saya mase kecik2 dulu.

tp satu hari mak saya nampak apa yang saya buat. terus dia tegur saya, saya terus jawab yang bukan ada org nmpk pon, dan di sinilah saya mengenali istilah cctv.

"mne ada org x nmpk,kamu nmpk tv kat tempat mak bayar barang tu? kat boleh nmpk muka kamu, tu maknanye, nyonya kedai ni pasang kamera, kamera tu boleh tengok orang yang buat x baik dalam kedai ni, ha , macam yang  kamu buat ni, nyonya tu boleh nampak tau"

dan sejak tu saya tak buat dah perangai tuang sabun basuh baju, serik n takut. saya takut nyonya n tauke nampak. hahahaha, kemudian saya dpt tahu nama kamera yang mak saya cakap tu namanye cctv. saya tau dr cerita2 yang sy tgk dlm tv. tauke, nyonya, sori saya main2 ngan barang2 awak semua. buat pelanggan tokey n nyonya yang beli sabun basuh x cukup 2 @ 3 sudu, sori jugak....hehehehe.

tapi perangai suka merayau tu masih saya buat sampai la saya dh besar panjang, bezanya, saya x tuang sabun basuh dah. saya x suka tunggu dan tengok je orang beli barang.  macam mase saya keluar jln2 dengan sorang kawan saya ni, smpi nak nangis dia sebab ingat saya dah tinggalkan dia. dan hakikatya, saya cuma ada kat kedai sebelah je. bukan kedai besar pon, cuma dia kat kedai hadiah saya kat kedai cd. alahai, cian dia.....heheheh

Sunday, 2 June 2013

roti jala oh roti jala

masak oh masak..
chef2 terkemuka kebanyakannye org lelaki kan? memang la tp diorg belajar br leh jd camtu. orang perempuan, x reti masak camne pon, sekali bce resepi @ tgk care org len msk, dah leh start buat. caye ke x ni?
percayalah........hehehe
okeh, mungkin apa saya cite ni xde la hebat mne pun tp untuk dijadikan contoh je. okey, petang semalam, sy search la internet untuk cari resepi yg x perlu menggunakan oven @ kukusan. ini la yang menariknya, ada satu resepi yg sy bley buat ngan semua benda yang ada kat rumah.
bahan2nye:
3 cawan tepung gamdum
3 cawan air
1 biji telur
satu camca garam
sedikit pewarna kuning
2 1/2 camca minyak masak

korang agak2lahkan, ape la saya nak masak? yang sokmo masak mesti dah dpt agakkan. ni la resepi untuk roti jala...heehe
okey, mse saya bce resepi tu ada satu benda yg xde. pewarna kuning,  alah, apa, susah, kunyitkan ada, org zaman dulu pon mne ada pewarna kuning. so, kunyitlah penggantinye. ha, ada satu lagi benda yg kurang, alat nak buat jala, eh eh, bukan maksud saya ......ala, saya ta tau apa nama dia, tp yg org gne untuk buat bentuk roti jala tu la. yang selalu org kat pasar malam gune tu...
dah2, cukup cite sal kekurangan barang. so, saya pon mulakan operasi pertama sy untuk buat roti jala. memandangkan tengah hari tu mak ada wat kari, so bley la jadikan kari tu sebagai pencecahnya. resepi cakap, 3 cawan tepung, sy x ikut pon, sy letak sebanyak yg sy suka. oleh sbb kat rumah ni sy ngan mak saya je, so, 3 cawan tepung tu banyak sangat la pada saya. saya isi tepung sampai 1/3 mangkuk saiz sederhana. saya letak telur sebiji.
oleh sebab saya x tau camca tu banyak mne, so, saya main agak je la. garam saya ambil secubit dua ( sbb kari kan dah masin,jgn makan masin bnyk2, nnt kena darah tinggi), minyak masak tu, saya ambil la 2 sudu besar, bukan effect mne pon. kacau sampai sebati, lepas tu isi air, isi lah banyak mne pon, yg penting smpai tepung tu cair. cair yg macam mane? cair macam kuah kari yg mak korang selalu masak. kacau smpi xde residue. so, dah siap bahan2 kita.
masa untuk menggoreng...hoooray...cepat 2, mak dah lapar...heheh
okey, sbb alat u sy xde, so, sy gnekn penapis. pelik? x pon, jd je sy punye roti jala  tu, ni la yg org ckp living skills...hheh.so, panaskan non-stick frying pan, api paling slow tau, nnt hangus. kalau xde kuali x lekat, gne la kuali biase, minyak, secotet je tau. lepas tu, sy gne la penapis sy utk buat bentuk jala . mase masak tu, xyah gne  sudip pon x pe, biar roti jala smpi bhgian atas roti tu kering, lepas tu angkat la. senang je kan, lepas tu lipat @ gulung, dan hidangkan bersama kuah kari. yummy, sedap...
tgk, x yah belajar pon, tau bahan, dah cukup. prinsip saya kalo bab masak, sy tau bahan, cukup la, lepas tu saya masak ikut cara saya.senangkan? peace...

Saturday, 1 June 2013

TIGA AYAT

1. let by gone be by gone
2. setiap pertemuan ada perpisahan
3. happiness could be simple

tiga ayat yang yang saya sangat suka:

 jom kita cite cket sal ayat first " let by gone be by gone".
 dlm hidup kita ni mesti banyak benda yang menyakitkan hatikan? saya dulu jenis orang yang pegang prinsip " ko buat aku camni, aku akan balas dua kali ganda" which means orang tampar sy, sy blas 2 kali ganda lebih kuat. org buat sy sakit ati sekali, saya wat dia skt aty berkali-kali. tapi ada satu benda dalam hidup saya yang saya selalu buat smpai la skrg. bila orang minx maaf je ngan saya, segala salah dia kat saya, terus saya maafkan. no pay back anymore. bila saya dah besar, saya masih amalkan sikap memaafkan terus sebaik saja org minx maaf ngan saya tp saya x buat dah perangai " you hurt me, i pay double to you". ini yang saya maksudkan let by gone be by gone dalam hidup saya. you ask forgiveness from sincerely, i will forget everything.

ayat kedua, "setiap pertemuan ada perpisahan".
orang selalu tanya saya kenapa saya x nangis kalo nak pisah, this is the answer. hold this in your heart, so you will never cry when you need to separate with your beloved one. saya pernah baca, walaupun kita dipisahkan oleh masa, tempat, jarak, dan kematian, selagi kita masih mengingati antara satu sma lain, kita sebenarnya x pernah berpisah pon. so, always remember the people that have live around you.

lastly, " happiness could be simple".
dari mana saya dapat ayat ni? mse kelas bi x pernah dengar pon. nak tau dr mana? dari bekas pensel yang saya gne dr form3 smpi la form 5. bekas pensel  warna hitam oren. kenapa saya ske ayat ni? mudah je, dalam hidup ni, kita x perlukan event2 yang penting, @ besar untuk terjadi supaya kita bley rasa hepi, contohnya, x dpt no.1 mse peksa, kita x hepi dah sbb kononnya kita ni  sokmo  top student. hidup nikan macam roda, so mestilah ada turun naiknya. mudah je nak hepi ni sebenarnya, kita duduk dalam kalangan orang yang sentiasa positive, at least ada orang yang positive dalam hidup kita, jgn x dok langsung. kadang2, tgk gambo aiskrim Baskin's Robin pon dah bley hepi dah. sebab benda tu kita suka ( saya la yg suka aiskrim tu.... hehehe).

konklusinya, tiga yat ni bley wat kita jadi orang yang sentiasa happy dalam hidup. bila marah, cepat memaafkan, bila berpisah,ingatlah selalu supaya tiada erti perpisahan dalam hidup kita(0rg Jepun pon x ske ckp sayonara tau), dan jgn la mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan kita untuk menjdkan hidup kita lebih gembira. ambil perkara2 mudah dlm hidup ni, hayatinya and be happy always.

 SEMOGA KITA SEMUA MENJADI INSAN YANG SENTIASA BERGEMBIRA(^0^)
(tp jgn smpi lupa Allah sudah la)