kalau dalam telefon, saya selalu jawab panggilan dengan ayat ni:
" hello, assalamualaikum.........."
so, assalamualaikum pada korang2 yang sudi membaca blog saya yang x seberapa ni. skema kan gne perkataan saya ni? tapi biarlah, kekadang gne saya, kekadang gne aq pulak kan....
orait, kenapa tajuk saya kali ni muzik dan Islam ek? amik semangat jap......test-test, 8,6,9....cheh, ngira pon x pandai. ok2, jgn melalut lebih2 cik kak oi....heheheh
so back to the topic. korang mesti suke gle kan ngan muzik? jgn nak tipulah kalo korang ckp korang x ske muzik. dalam hidup kita nikan dipenuhi muzik. korang jgn sempitkan fikiran yang muzik tu dr guitar, drum, gambus, rebana n so on lah. korang dengar bunyi burung berkicau, bunyi ombak tu pun muzik tau, muzik alam semula jadi. (^U^).
korang mesti ada yang minat kpop la, rock la, lagu2 country lah, balada, pop rock, jazz...(er, mcm zzzz je,heheheh) n x dilupakan nasyid{ i like =)}. kalo kita buat research la kan, antara nasyid ngan kpop, mne lagi ramai org? saya tau dah jawapannye, mesti kpop kan....lagi2 untuk org2 yang dipanggil teens...bkn teenwolf ye, teen je, teenagers la. saya? saya dengar sume, asalkan sedap telinga mendengar. nasyid dengar, kpop dengar, lagu2 country pon dengar. rock? x la kot, sakit telinga, x tahan.
hari ni saya tengok Salam Muslim, alah, progaram kat Astro Oasis tu, tp saya rasa sy ni tengok siaran ulangan je kot. hehehe, dia cite sal muzik dalam Islam. dia cakap, masih lagi terdapt percanggahan pendapat mengenai muzik ni dalam kalangan ulama'. so, xde fatwa sahih. jd ada la beberapa ustaz dalam program tu cakap ( ustaz ni x la sefamous UAI @ Ust. Kazim @ Ust Ridhuan Tee@ USt Ismail Kamus@ Ust Haron Din, tp x kisah la kan,asal dia ckp btol) berdasarkan kefahaman mereka ( diorg xkan faham kalo x belajo kan, kan...) yang muzik ni boleh diamalkan selagi x melalaikan. ayat selagi x melalaikan tu kita dah sokmo dengo kan? maksudnye, nak gne gitar ke, piano ke, alah, alat2 muzik yang bertali tu lah(yg org selok ckp haram tuh) boleh digunakan selagi x melalaikan. maksudnya, gne la alat2 tu buat lagu2 ketuhanan, yang memuji Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan lagu2 yang x buat pendengar dia melupakan ibadat n kerja seharian.
ada ustaz ni ckp, ada fatwa ckp gne alat2 muzik bertali ni haram sebab zaman jahiliyah dulu alat2 ni digunakan kat kelab2 malam, sebab tu ada fatwa haram ( wow, zaman dulu pon dah ada kelab, isy23x), cuba tengok, ada ke org main kompang dalam kelab, disko? mne ade. pastu ada pulak yg tnye ustaz tuh, "dah tu, boleh la main gitar dalam masjid?" kalo ikut saya, budak tadika pon tau masjid tu tempat ibadat, mne ada org ain gitar...isy23x, tp ustaz tu jawablah, " masjid tu kan, tempat mulia, tempat org beribadat, rumah Allah lagi, buat apa nak main gitar ..." pandai la ustaz jawab. fullmark untuk cara ustaz menjawab soalan.
as the conclusion ( cikgu BI saya mesti bulatkan ayat ni kalo saya tulis dlm esei BI), boleh gne alat2 muzik bertali @ mne alat muzik lain asalkan maksud lagu tu baik, x menghina nabi kita, x mnghina Allah, x menimbulkan permusuhan. cuba bayangkan, mase nak perang nih, dengar lagu merintih, mendayu-dayu, ada gak yang balik masuk masjid n doa " ya Allah, aq redha", sebab xde semangat nak tentang musuh Islam, so, mse ni la lagu2 bersemangat yang nak menaikkan semangat juang mempertahankan agama kita diperlukan. memang lagu ni x penting mne, tp cuba tnye budak2 y tengah bljo skrg, npe ko ske dengor lagu mse studi? mesti dia jawab, br lah semngt c-ket nak studi, n boleh hilangkan ngatok. so renung2kan, n selamat beramal...(chewah, ayat,tp btol la kan?)
No comments:
Post a Comment