assalamualaikum,
hehehe, i'm back. back to december seperti lagu cik Taylor Swift yg comey tu. hehehe ngarut je lebih.
lame dah x bk blog sendiri. akhirnya peluang itu sampai tanpa dipinta (chewah, ayat =P)
hari ni sy, si blogger nak citer la cket tntg topik yang sy bincang dengan room mate saya yang beragama Hindu. tersebutlah kisah, pada hari Sabtu ni akan ada seorang penceramah yang akan datang ke kolej aku yang serba indah ini. orangnye sangat terkenal dalam kalangan muda mudi masa kini, iaitu brother Raja Shamri b. Raja Hussin atau lebih dikenali sebagai abang raja. long time not see my great brother. hahaha, tapi hakikatnya saya tak mendaftar pun untuk program sabtu ni. kenapa? sebab abang raja pernah cakap yang dia x dapat nak bagi sepenuh perhatian kepada semua orang jadi dia tahu apa yang dia sampaikankan belum tentu semua orang akan dapat terima.
okay, back to the main topic. saya bercerita la ngan roommate saya ni tentang abang raja. asalnya kami borak fasal org xleh outing sabtu ni. kenapa lak kan, program tu utk org2 yang mendaftar je. lalu terjawablah persoalan tersebut, pihak kolej amalkan konsep fair n square. kalo ada program, x kira sesape pun, terlibat ataupun tidak, sume xleh kuar.
"siape dia penceramah ni sebenarnye?" tanya si roommate.
" oh, dia ni feymes tau. kita orang pggl dia abang raja."
" cube awak citer cket sal dia"
" oh, ok. awak nak tau x, abang raja ni dia kudung kakinya. tapi saya x ingt la kaki belah mana. dia pernah bagi kitaorang pegang kaki palsu dia tu. dia kudung sejak baby lagi tau. pastu jari dia tumbuh dengan tak sempurna. ha, lagi satu, mase saya jumpa dia taon 2009 dulu kan, dia tgh wat Ph,D, so skrg ni sy rase dia dah granduate lah kot."
"oh, ye ke?"
"hurm, maybe la. sy pun x sure. tp dia hebat kan, walaupun kelainan upaya, tapi dia sangat cemerlang dalam akademik."
" kesian la dia."
"kesian? kenapa plk nak kesian?"
" ye la, dia xde kaki n jari pun x sempurna."
"oh, itu normal la. dia tu lahir sama tahun dengan nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w. biasanya orang yang lahir sama tarikh dengan nabi kami ni mmg akan ada kekurangannya."
" oh, ye ke? nabi awak lahir berapa hari bulan?"
" yelah, nabi kami manusia yang paling sempurna di dunia, jadi xkanlah orang yang lahir sama dengan dia nak sempurna semua benda juga. tapi setiap kekurangan itukan ada kelebihannya.so, kita boleh tengok kan, abang raja ni, dia kurang upaya, tapi kelebihan dia adalah dalam akademik. pastu dia pandai bagi motivasi kat orang lain. ha, lupa plk, birthday nabi kami pada 12 Rabiulawal ikut kalendar Islam."
" kalau ikut tahun biasa ni?"
" oh, itu saya x pasti sbb kalendar Islam dengan kalendar masihi kan x sama."
dia hanya menganggukkan kepalanya. dia seorang yang sangat teliti. dari satu soalan yang mudah dia akan bertanya sehingga sesuatu perkara itu difahaminya. soalan dia kadang-kala membuatkan saya menjadi pening tapi saya tetap cuba jawab dan apabila saya tidak tahu, saya akan katakan saya tidak tahu.ini cuma secebis kisah saya dan dia. semoga dia diberi hidayah oleh Allah s.w.t. untuk menikmati nikmat iman yang Allah telah kurniakan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment