Blog Archive

Monday, 10 December 2012

kita dan guru

kenangan memang sentiasa bermain di memori kita semua. hahaha, kenangan putera puteri valiant ni bukan setakat kenangan ahli2 valiant je tetapi cikgu2 pun terlibat sekali. antaranya dua orang guru kita yang baru je melangsungkan perkahwinan mereka sabtu & ahad  yang lalu.

siapa tahu, cepat angkat tangan! hahaha, xyah la nyusahkan diri, sume orang dah tahu, cikgu siti n cikgu nazir la. tahniah kepada kedua2 pengatun baru. unexpected betul la dua orang cikgu ni. hehehe... meh kita imbau kembali kenangan THE VALIANT bersama-sama dua org cikgu ni.

tersebutlah kisah.....

cik siti khatijah

 memulakan kariernya sebagai guru, lalu menjadi warden asrama di INTEK memandangkan ada kekosongan jawatan sebagai warden ketika itu. saat itu, dia mulai menetap di rumah warden di bahagian blok rumah merah kuning. dia merupakan guru physics yang sangat ceria. mengikut pandangan saya, dia adalah guru yang tegas ketika mengajar tetapi merupakan kawan yang baik apabila di luar kelas. ramai pelajar yang menyenangi kehadiran guru nan seorang ini.

dia juga merupakan guru pertama yang terlibat dengan konflik kelas 2 Anatomi tahun 2008. saat tragedi tak berdarah itu berlaku, dia hadir sebagai pendamai. hahaha, sejak itu,dia sentiasa mengikuti perkembangan batch kita  yang penuh suka dan duka. kita juga sedia maklum yang anak murid yang paling rapat dengan guru kita ini adalah salah seorang ahli Valiant. dia mengajar kita ilmu fizik di samping cikgu syed dan cikgu fauziah.

 ha! sebelum terlupa, dia juga merupakan orang yang penting ketika warga INTEK nak keluarkan biasiswa n nak outing. paling penting ni. walaupun kadangkala kita dimarahi dia atau kena bebel dulu baru dapat sain dari cikgu ni. hehehhe, xpe la, kita sanggup tahan asal dapat outing, hahahaha, kenangan, memang kelakar.

ok cukup dah untuk kisah cikgu siti, sekarang new topic,

encik ahmad nazir

dia juga sentiasa terlibat dengan Valiant, walaupun bukan dengan semua ahlinya. dia menjadi tenaga pengajar untuk Valiant selama tiga tahun berturut-turut sebagai guru matematik dan kemahiran hidup bersepadu kemahiran teknikal(KHBKT).
seorang guru yang sangat baik.  sangat suka membantu pelajarnya yang bermasalah dalam pelajaran, sehinggakan dia sanggup tolong seorang student dia buat kerja kayu untuk projek KHBKT.  sebagai guru maths, dia akan tolong sedaya mungkin sampai student tu faham konsep maths yang dia ajar.
dan inilah kengan cikgu nazir bersama 88 orang pelajar Valiant selama 3 tahun. pada tahun setrusnya, dia hanya terlibat dengan sebahagian pelajar Valiant kerana dia tidak mengajar UPPER FORM. dia terlibat dengan Valiant dalam hal2 berkaitan biasiswa, buku teks dan murid sakit.


dan kini, kedua-dua guru ini telah mengejutkan kita dengan perkahwinan mereka berdua. kita tahu diorang berdua rapat  tapi memang tak sangka yang cikgu2 kita ini akan berkahwin. tahniah kepada kedua-dua mempelai(chewah, ayat saya). kisah cikgu nazir dan cikgu siti mungkin hampir sama dengan teacher wan zahidah dan sir mat sabri ketika kedua-dua cikgu ini berkahwin semasa mereka berdua menjadi guru dan warden di SEMSAS. macam mana saya tahu kisah ni? hehehe, itulah gunanya bila kita selalu balik lambat pada hari jumaat. saya akan ke bilik guru dan jumpa teacher wan. heheheh, asal nak rasa aircond je sebab nak sejuk, last2 dapat dengar pengalaman hidup teacher sekali. sesuatu yang sangat menyeronokkan apabila mendengar guru2 kita bercerita.

tahniah sekali lagi kepada cikgu nazir dan cikgu siti. selamat pengantin baru.

No comments:

Post a Comment