Pernah suatu
ketika saya terfikir, macam mana kehidupan saya di masa hadapan? Adakah saya
akan terikut denga arus kemodenan yang melampau atau saya akan kekal
sebagai muslimah yang masih mengikuti arus kemodenan yang sederhana?lalu saya muhasabah
diri saya dan berdoa semoga kehidupan saya diberkati Yang Maha Esa.
Saya mula menyingkap kembali
sejarah hidup saya selama 17 tahun ini. Ya, saya masih terlalu muda untuk semua
ini. Lalu, saya terfikir lagi setelah melayari ‘facebook’ rakan saya yang saya
kenalkan dia sebagai IK. Menarik bukan nama yang asaya kenalkan. Saya masih
ingat masa mula berkenalan dengan dia 5 tahun yang lalu.
Ketika itu dia mendaftar
sebagai salah seorang pelajar tingkatan satu di sekolah yang sama dengan saya.
Sepanjang minggu orientasi, dia satu kumpulan dengan saya dan dari situlah kami
mula berkenalan. Ini bukan kisah percintaan saya tetapi ini adalah kisah yang
saya amat sesalkan. Bukan perkenalan kami yang saya sesalkan tetapi perubahan
dia yang amatlah saya sesali.
IK merupakan rakan yang saya
kira agak baik. Kami sekelas selama dua tahun sebelum kelas kami di ‘streaming’kan
oleh pihak sekolah. Kami mulai terpisah dan sejak itu saya tidak lagi
mengetahui tentang IK lebih lanjut kecuali apabila terdengar rakan-rakan
permpuan saya bercerita tentang dirinya.
Kini , saya berada di tahun
kelima dan sudah tiga tahun saya tidak sekelas dengannya. Banyak perubahan yang
telah berlaku. Sudah menjadi kebiasaan saya apabila saya tidak menegur pelajar
lelaki yang tidak sekelas dengan saya. Memang saya boleh bergurau senda dengan
IK suatu ketika dahulu tetapi semenjak kami tidak sekelas, kemesraan kami
sebagai sahabat yang pernah sekelas seakan hilang.
Hanya sekali sekala sahaja IK
akan menegur saya dan membuat jenaka. Saya bukanlah jenis yang lupa kawan, jadi
saya akan melayan dia seadanya seperti dahulu. Antara perkara yang paling saya
ingati ialah soalan dia mengenai adiknya. Ya, saya mengenali ibu bapanya tetapi
hanyalah sekali saya pernah berjumpa mereka, iaitu ketika hari pendaftaran
kami.
“comel tak adik aku?”
Itulah persolannya apabila
diamenunjukkan gambar adiknya. Saya tidak pasti berapa usianya tetapi saya akui
adiknya memang comel. Mana ada kanak-kanak yang tidak comel. Saya hanya akan
tersenyum pabila mengingati kembali kenangan itu. Sayang seribu kali sayang
sahabat saya itu telah hilang.
Kadang-kala saya sedih dan
marah melihat perubahan dirinya. Tetapi pada masa yang sama saya marah dengan
dia kerana lalai sehinggalah saya tahu kisah sebenar di sebalaik perubahannya.
Sesuatu yang tak disangka-angka. Saya
rasa kesal dengan apa yang saya dengar.
Seorang sahabat saya pernah
berkata,
“ kalau masalah keluarga ni
kita tak boleh buat main-main.”
Ya, memang benar itulah
masalah yang IK hadapi. Bapa dia tidak mempedulikan dia lagi. Katanya, dia mahu
anaknya belajar berdikari. Ada juga ibu bapa yang mengabaikan anak sendiri.
Seorang lagi sahabat saya ada bercerita, cara IK menghiburkan diri tak sama
macam cara kita. Dia lebih kuat bersosial berbanding kita, bak kata orang ‘ stail
orang KL’.
Akhirnya, saya memang telah
kehilangan sahabat saya. Gambarnya di facebook benar-benar mengejutkan saya.
Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang model. Ya Allah, sampai macam tu
sekali perubahan yang dialami sahabat saya ini. Tambahan lagi, gambar di laman
sesawangnya menunjukkan gambar dia tanpa baju, berpeleseran dengan rakan-rakan
yang saya anggap tidak bermoral.
Di sini apa yang saya ingin sampaikan adalah
supaya kita semua, orang yang amat mengenali IK suatu ketika dahulu berdoa
supaya IK kembali sebagai sahabat kita yang lama. Biar dia kembali ke sekolah
dan menjalani kehidupan yang aman bersama-sama kita di sekolah yang kita
sama-sama cintai.
KELALAIAN KITA MENYELAMI ISI HATINYA
MENUNJUKKAN KITA TELAH GAGAL SEBAGAI SAHABAT, GURU, KAUSELOR,
IBU BAPA DAN KAUM KELUARGANYA.
THE END OF THE STORY…….
2011
cm ak tau je spe dye.. hukhuk.. btway jnguk2 bl0g ak a0~~ ^^
ReplyDeleteaq ase dak2 natch kte sume tau....cume secebis kenangan buat pengajaran kte bersama utk mse depan.
Delete