Blog Archive

Tuesday, 25 September 2012

ini suatu kisah (part 1)



17 Julai 2...,

ramai yang datang ke rumah batu berwarna putih, beratap biru itu. malam itu selepas mengajar anaknya dan cucu-cucu saudaranya mengaji, ramai anak beranak kakaknya datang. sekadar datang melawat memandangkan mereka jarang pulang ke kampung.

anak-anak yang datang mengaji seronok bermain di halaman rumah. suasana kampung yang damai itu menjadi tiket untuk anak-anak itu ber main di luar rumah. memandangkan ramai yang memerhati dari jarak kauh, tiada yang melarang anak-anak itu bermain.tanpa mereka semua sedari, keesokkan paginya bakal membawa berita duka.

" sayang, mari masuk dulu, makan," si ibu memanggil anak tunggalnya untuk makan malam. Si ayah sedang berbual bersama anak-anak saudara dan kakaknya.

"korang, saya masuk jap ek, kejap lagi saya datang main balik..." si anak berjanji dengan rakan-rakan merangkap anak-anak saudara sepupunya sendiri.

Si Ayah duduk bersama kaum kelurganya berborak di ruang tamu rumah. entah apa yang dibicakan,si anak tidak tahu. yang penting baginya saat ini adalah dia mesti makan dengan cepat supaya dia dapat menyambung kembali bermain bersama rakan-rakan sepermainannya. yang dewasa begitu asyik berbual sehingga lewat tengah malam. anak-anak seakan tiada penat lelahnya bermain. mereka bermain lompat tali, kejar-kejar, polis sentri dan sebagainya.mereka akhirnya berhenti apabila ibu bapa masing-masing ingin pulang.

 *******************           ************************************************        ********************** 
18 Julai 2...

jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. si ibu terjaga dari tidurnya apabila mendengar seseorang mengucap dua kalimah syahadah dengan kuat. dia bergegas bangun dan menjenguk si ayah. dia risau dengan kondisi si ayah yang menghidap penyakit jantung. dan telahannya benar, si ayah tidak sedarkan diri. di segera memanggil kakak iparnya yang tinggal di rumah sebelah untuk melihat si ayah. si anak yang medengar keriuhan itu terjaga dari lenanya yang panjang. 

"kenapa ini?" si kakak ipar bertanya. wajahnya jelas menunjukkan riak kerisauan.

" abang ni kak, tak sedar. puas saya kejutkan" si ibu memberitahu.


sejurus kakaknya datang, anak-anak dia pula menyusul sama. sepupu si ayah yang tinggal di hadapan rumah si kakak juga datang setelah mendengar keriuhan itu. mereka semua masuk ke bilik di mana si ayah tidur. mula-mula si kakak yang memeriksa nadi di tangan si ayah, kemudian dia merasa nafas adiknya itu pula. seterus dia melekapkan telinganya di dada adiknya itu. dia melihat perubahan warna kuku si adik. dia sedar tentang suatu perkara yang tidak mungkin diubah. 

si sepupu kepada si ayah pula melakukan hal yang sama. semua yang dilakukan oleh kakak sepupunya diulang. yang lain juga malakukan yang sama. si anak yang tidak memahami apa yang erjadi memegang tangan si ayah. tangan ayahnya berwarna putih pucat dan juga sedikit sejuk.

" abang awak dah tiada, M....,"

" tak mungkin kak, tak mungkin. dia tak sedar je ni. dia kurang gula dalam darah je ni" si ibu memeriksa nadi suaminya itu.

akhirnya mereka membawa si ayah ke klinik. si anak ingin turut serta tetapi dilarang keras, dia disuruh duduk di rumah bersama saudara maranya sahaja.






bersambung.......................



No comments:

Post a Comment