Blog Archive

Thursday, 12 March 2015

Tak Cukup Vitamin.....

Lamanye mak jemah x bukak blog ni. Berhabuk, bersawang dh setebal gunung fuji gamaknye.

Assalamualaikum.

Hari ni, for the first time in 2015, saya nak cerita cket la pasal medical check up with K-Link ptg smlm. Cara diorg simple je, tanggal segala gelang, jam n jauhkan phone, then kita pegang la ada satu besi yang diorg link kan kat satu mesin yg bersambung dgn komputer. Pegamg dlm seminit, then ade la result mcm kandungan kolesterol, tahap insulin,  tahap kesihatan rahim and etc. Buat benda tu je, dh kne cas RM10. Pohpalih,  mahei benor aok. Xpe la, so dgr la segala penerangan dia.

So, overall,  kiah ni x cukup bnyk vitamin.  Bnyak lemak, tp kolesterol dlm darah normal. Xbynk masalah,  n yg plg penting,  sistem immune flm bdn sgt BAGUS. Oyeahh.  Alhamdulillah.  No wonder la saya susah nk demam. Bila ye last demam?

but, ada certain benda yg dlm kondisi bahaya. But, mse tu saya cuma gelak je, brother yg handle saya tu being like
 "Kenapa awak gelak?"
Then, saya senyum je. Hahahahha....

sebenarnye saya ni gila-gila sikit bila ada kawan yang positive di sekeliling saya. Even, kalo ada masalah pon saya xde la risau sgt. But, mse sy gelak tu, I was controlling my minds, not to be over worried,  scared n so on. We need something to manipulate our own minds. For me, laughing.  Ha, kan dh speaking manglish.  Gitu.....

so, hasil nya, mlm smlm, sy keluar la membeli brg kesihatan,  yakni, SUSU. hahahah,  susu Anlene kau. Nk bg tulang kuat. Since I ni dh msk thn yg ke 21,  tulang dh x menyerap kalsium dgn bagus. So, kne la minum susu.  Nnt nk mencari plk la vitamin2 plk. Haih, mmg btol ckp mak,  harap badan je beso, x cukup vitamin ghupenye.....

so, that's all. (^-^)

Sunday, 8 December 2013

SYIAH, BAHAYANYA MEREKA KEPADA KITA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH....

dalam diri saya, telah diterapkan sikap suka membaca. mungkin sikap semula jadi ibu bapa yang saya terima. apa yang saya ingat, ibu saya sentiasa menggalakkan saya membaca tanpa mengira jenis buku yang ingin saya baca.

setiap tahun, ketika saya di sekolah rendah, akan ada jualan buku-buku cerita. kami akan diberi senarai buku yang ingin dibeli dan dibawa pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada ibu bapa masing2. dan bila tiba di rumah, saya akan tandakan buku2 yang saya ingin beli. kebiasaannya, dari 10 buah buku, 7 atau 8 buah buku yang akan saya beli. ibu saya jenis yag tidak berkira dengan buku, dia sentiasa senang hati menghulurkan wang untuk buku.

malahan, kalo kami keluar membeli barang rumah, saya akan pastikan kami singgah ke kedai buku. sama ada untuk membeli komik atau buku cerita. zaman sekolah rendah, saya sangat suka membaca majalh Ujang, mase tu, harga pun murah, RM4.50 je, tak macam sekarang Rm6++, mlahan, kadangkala sehingga RM8++.

kembali kepada topik asal, masa kecil saya juga diisi dengan membaaca surat khabar. mase dulu, surat khabarnya besar2, mcam utusan malaysia skrg.saya masih ingat, ketika itu, berita mengenai bagaimana cara syiah menyambut hari Asyura. seperti yang kita tahu, mereka akan melukakan badan mereka. mase tu sang penulis berita hanya ingin menunjukkan bagaimana rakyat di seluruh dunia menyambut hari asyura, bkn kerana fahaman syiah atau sunni.

kemudian satu lagi berita suuatu ketika dahulu yang memuji puak syiah adalah tentang presiden Iran yang ke-6, Mahmoud Ahmadinejad. ramai yang memuji-muji dia kerana dia berani melawan Amerika Syarikat, hidupnya sederhana dan sebagainya.  begitu juga tentang kisah Ayathollah Khomeini(maaf saya tidak mengkaji tentang sejarah hidup beliau,yang saya tahu tentang dia hanya sedikit). jadi suatu ketika dahulu saya juga antara orang yang memuji Mahmoud Ahmadinejad.

suatu hari, ustazah saya di sekolah menengah, Ustazah Noor Huda menunjukkan satu video berkaitan Mahmoud Ahmadinejad. Dia merupakan pengikut syiah yang kuat, malahan dalam video tersebut mengatakan bahawa sebenarnya dia mempunyai hubungan baik dengan pakcik Bush. masa itu saya belum cukup percaya, dalam jiwa saya ketika itu mengatakan, apa salahnya kalau berfahaman syiah? bukankah masih beragama Islam?

dan ianya kembali kepada sifat suka membaca saya. saya membaca sebuah buku mengenai simbol2 yang melambangkan Zionis, dan ditunjukkan antara tokoh yang membuat lambang tersebut adalah pakcik Mahmoud. kemudian di dalam buku itu juga menunjukkan gambar dia bersalaman mesra dengan pakcik Bush. dan setelah itu, saya belajar pula mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah ketika di tingkatan 5 dan Ajaran2 sesat yang terdapat di malaysia. dan syiah termasuk dalam kalangan ajran sesat.

ketka ini, hati saya yakin, pakcik Mahmoud bukan pemimpin Islam. kerana seperti yang pensyarah di universiti saya sendiri katakan, Syiah itu sendiri bukan Islam. tiada istilah orang Islam yang berfahaman Syiah. malahan dalam  buku yang saya pernah baca , Syiah diasaskan oleh seorang lelaki kaum yahudi, Abdullah bin Saba' @ Ibnu Sauda ( saya tidak pasti, dia  berpura-pura memeluk agama Islam) atas rasa dendam terhadap umat Islam setelah ibu bapanya dibunuh dalam Perang Khaibar.

dan kita semua mulai sedar tentang bahayanya puak Syiah ini setelah terjadinya tragedi di Syria. Puak Syiah yang membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah. dan fahamn syiah juga semakin merebak di Malaysia. ketika inilah baru kita sedar yang Iran bkanlah negara Islam yang kita boleh banggakan kerana mereka merupakan sebuah negara yang berfahaman Syiah.

ketika inilah kita sedar bahayanya mereka dalam kalangan ahli sunni, sekarang barulah kita sedar bahawa mereka merupakan duri dalam daging bagi umat Islam. Syiah tidak pernah Islam kerana mereka melebihkan Saiyidina Ali bin Abi Talib berbamding Nabi Muhammad S.A.W. kenapa mereka tidak pernah Islam? Kerana bukti keIslaman kita adalah berdasarkan syahadah kita " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". itu bukti kita umat Islam, jadi bagaimana orang yang mendahulukan Saiyidina Ali boleh dikatan Islam?

sukarelawan oh sukarelawan......

suka untuk saya bercerita tentang hal ini memandangkan sekarang ramai sukarelawan yang dihantar ke pusat2 banjir  dari sini kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang apabila ditimpa musibah. sekarang, kat laman sosial banyak bercerita tentang pemimpin tu macam ni la, macam tu la....dan bla bla bla.... itu saya malas nak komen. cukup kalo saya komen tentang hal itu bersama teman2 rapat saya sahaja.

saya sendiri masih belum berkesempatan untuk menjadi sukarelawan, walaupun hati saya mengatakan saya seharusnya pergi membantu orang2 yang dalam kesusahan. saya nak sangat pergi tetapi setiap kali saya ingin menawarkan diri, ketika itu pasti ada ral melintang. mungkin ada hikmahnya yang Allah tak izinkan saya  menjadi sukarelawan.

akhirnya, media sosial, MukaBuku yang menjadi tempat saya mendapatkan info2 tentang mangsa2 banjir, kawasan2 yang terlibat dan siapakah sukarelawan2 yang terlibat. dan ada satu kumpulan yang saya sangat suka. Kerabat Diraja Pahang.

mereka membantu tanpa mengira kaum, bangsa, pangkat dan darjat. kenapa saya highlightkan kisah mereka? sebab kita selalu menerima komen2 negatif tentang pemimpin2 di negara2 kita. mungkin keluarga diraja pahang bukanlah sempurna tetapi mereka adalah yang pertama yang akan turun padang pabila rakyat berada dalam kesusahan.

apa buktinya? pernahkah saya berjumpa dengan mereka? pernah, saya pernah brjumpa dengan mereka, ketika saya pergi mengambil wang sumbangan untuk anak-anak yatim pada tahun 2011. walaupun saya tidak pernah berbicara dengan mereka, tetpi kita boleh melihat kebaikkan dan keburukkan seseorang itu melalui tingkah laku mereka. malahan rakan2 saya sendiri memuji mereka apabila hal2 berkaitan rakyat jelata dibangkitkan.

keluarga diraja pahang mungkin tidak terkenal di negeri2 lain, tetapi di hati anak jati pahang seperti saya, mereka sangat terkenal kerabat diraja yang mesra rakyat. mereka bersama-sama menyinsing lengan baju, memasak, mengagihkan makanan untuk mangsa banjir di kuantan, terutama sekali Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Iskandariah. dilupakan juga Tengku Muda Pahang, bersama-sama membantu mengagihkan makan kepada rakyat jelata.

mereka tak kisah bersama2 mengotorkan baju untuk membantu rakyat jelata, mereka tak kisah makan lauk yang sama denganmangsa banjir. mereka tak de nak demand minx kerusi yang beralaskan kusyen, nasi berlaukkan ayam golek dan sebagainya.

akhirul kalam, tahniah kepada kaum kerabat di raja PAHANG. Terima kasih kerana sudi membantu rakyat jelata yang kesusahan di kuantan. terima kasih sebab tak menjadi pemimpin yang hanya tahu cakap kosong, hanya mempamerkan muka di petempatan banjir.

TERIMA KASIH KELUARGA DIRAJA PAHANG. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KALIAN.

p/s : maaf sbb saya x pandai menggunakan bahasa istana.

Friday, 6 December 2013

Seandainya saya pergi Menghadap Allah....

Malaikat maut sentiasa bersedia untuk mencabut nyawa kita. masa untuk kita tinggalkan dunia ini telah tercatat di Luh Mahfuz. malahan ianya telah tercatat sebelum kita dilahirkan ke dunia ini. seandainya kita mati sekarang, mudah-mudahan kita mati sebagai hamba yang Allah terima ibadahnya, hamba yang Allah sentiasa berkati hidupnya, hamba yang sentiasa ingat Allah tak kira di mana kita berada.

akhir2 ini saya selalu membaca tentang ank muda yang kita orang biasa2 katakan, orang alim. kisah tentang Saudara Ahmad Ammar b. Ahmad Azam, Saudari Siti Hajar, Presiden Pelajar Malaysia Di Mesir. mereka bertiga ini merupakan hamba Allah yang kita panggil anak muda yang alim. ketiga2 mereka, meninggal kerana kemalangan jalan raya. Saudara Presiden itu saya terlupa namanya tetapi saya ingat kisahnya.

kisah2 mereka membuatkan saya terfikir, saya juga bakal jenazah, cuma bila saya tak tahu. adakah saya juga akan pergi di usia muda? mungkinkah saya akan mati dalam masa terdekat? saban hari saya berfikir. kisah saudara Ammar mendapat liputan meluas di media sosial. sehingga ada video khas untuk beliau, malahan dia diiktiraf oleh rakyat Islam Turki.

usianya tua setahun dari saya, tetapi banyak perkara yang dia telah laksanakan di usia semuda 20 tahun. saya? tanggung jawab pada ibu saya sendiri pun belum sepenuhnya terlaksana. kisah saudari Siti Hajar, saya baru baca sebentar tadi. tetapi kisah dia pernah diceritakan oleh rakan sebilik saya sebulan dua yang lalu. kisah dia juga mendapat tempat di hati saya.

 Allahurobbi, seandainya saya pergi, adakah saya mampu menjadi seperti saudara Ammar, Saudari Siti Hajar dan saudara Presiden? menjadi hamba Allah yang memberi inspirasi kepada umat Muhammad di akhir zaman ini? mampukah saya? saya masih jauh dari sempurna sebagai umat Muhammad. saya jadi risau sendiri, bagaimana saya mati nanti? dalam keadaan baikkah? adakah saya akan menyusahkan ramai orang setelah tamatnya riwayat hidup saya?

 Allah, sungguh saya masih ada rasa takut pada mati sedangkan apabila kita mati, kita kembali kepada sang Pencipta, tetapi rasa takut itu masih ada dalam jiwa saya. kerana saya sedar masih dosa saya yang belum diampunkan, masih kurangnya ibadah saya kepada Allah, masih banyak kekurang dalam diri saya. seandainya saya mati, biarlah dalam keadaan yang baik, bukan baik pada pandangan manusia, tetapi pada pandangan Allah.

"Ya Allah, seandainya nyawa yang Kau pinjamkan ini di ambil, biarlah ketika diriku ini diredhai-MU. Seandainya aku mati, biarlah aku mati di dalam rahmat-Mu Ya Allah. Biarlah aku mati sebagai hamba-Mu yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Ya Allah, apabila nyawaku Kau ambil kembali kelak,aku hamba-Mu yang kerdil ini memohon Kau ampunkan dosa-dosaku. dosa-dosa ibuku, dosa-dosa bapaku, dosa-dosa kaum kerabatku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa rakan-rakanku, dan dosa-dosa seluruh umat Islam di dunia ini ya Allah. sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun. Amin Ya Rabbal 'Alamin."


Monday, 28 October 2013

kawan yg jujur pada kita....

a: ko lme dah kapel kan?
b: ha'ah, npe tnye?
a: sjk ble ko kapel?
b: dr f1, tp npe ko asik tnye je ni? nak advice aq ke? ehehhehe
a: x ar, tp ble ko nak proceed ke stage seterusnye?
b: maksud ko?
a: tunang ke, kawen ke?
b: ala, duit x ckp lg la. lg un kte mude lg, aq nak tanggung mak abah aq dlu.
a: oooh, dah tu bakpe mu kapel?
b: salah ke?
a: ko agak2?
b: er......
a: ko dah tau jwpn dah kan?
b: hurm.....
a: aq  ni bkn islamik ke ape la kan, tp ko sure ke dia nak kat ko? ke dia cume jdkn ko sparepart je?
b: la, kite kan mude lg...
a: haiyoooo, dah tu nak tggu mati ke br nak kawen?
b:err......
a: bg tau aq apa sbb ko nak sgt ada pakwe bagai?
b: la, ko dah tau sbbnye kan.
a: x. aq x tau.
b: aq nak ada org yg syg aq, tmpt aq ngadu n etc....
a: oooh, ko ada mak abah lg kan?
b: ada. npe ko tnye plk, ko kan mmg dah tau...
a: x cukup lg ke kasih syg diorg.
b: ko x paham...
a: hurm... aq x paham ek.
b: aq...aq....
a: aq nak ckp cket je la, mak abah ko jrg call, dia ko selalu call, kalo ko rase x cukup kasih syg parents ko, Allah kan ada? ko dah tau benda tu x bleh, tp ko nak gak buat kan?
b: la , yg ko oer sgt ni knpe? mak abah aq x kisah pon, yg ko lebih2 pehal lak?
a: mak ayah ko x care pon sbb diorg nak ko pikir sendiri, baik buruk sesuatu. kite dah besar, dah matang, tau halal haram, aq ckp sbgai bestfren ko.
b: bestfren apa yg asyik sakitkan ati aq je....
a: ko nak kwn yg amik tau sal agam ko ke, kwn yg buat derk je walupon ko dah wat slah?
b: err.....
a: my dear fren, maybe ko tau kapel tu slah, n ko pikir biar la, dosa aq tggung, tp ko x sedar benda no effect org sekeliling ko.
b: apa maksud ko?
a: ko sedar tak, dosa kite mmg tggung sendiri, tp dlm kubur, ayah kite, abang kite, adik lelaki kite, uncle2 kite, akn ditnye dlm dihukum sbb x didik kite btol2 ms kat dunia smpi kita lalai. benda ni aq ada bace dlm setaon lps,aq cume nak sampaikan je sbb nnt aq xnk Allah soal aq npe aq x bg nasihat kat ko sal hal ni  sedangkan aq dah tau benda ni  dah lme.
b: hurmmm.....
a: pasni aq x kisah apa ko nak anggap aq, pada aq ko ttp bestpren aq, sbb kalo aq x syg ko as bestpren, aq xkan naihatkan ko skrg.
b: npe ko ckp camni? ko expect aq akn benci ko ke?
a: maybe.
b: hehehe, aq x kish la. aq tau ko syg aq, kalo x ko xkn tegur aq. sbnrnye aq dah putus taon lps gak. aq tau sal hal dosa yg berkait ni, sbb time tu kite bace sme2 kat library. sejak tu la aq putus/.
a: ye ke. alhamdulillah.
b: yup, alhamdulillah.
a: i'm proud of you my friend.
b: me too......

Friday, 11 October 2013

ukhwah fillah abadan abada

assalamualikum, lme dah kan sy x story mory dalam blog ni. baru2 ni, kawan sy cik comel lote atiqah @ blackroast antidote tnye saya, ko x update dah ke blog ko? mse t saya jwb, x, xde idea. hari ni, br sy ada idea nak tulis apa( bkn tulis sgt pon, taip sbnrnye...heheheh).

akhir2 ni, makin ramai kawan2 sy yg post aq rindu korg, saya rindu korang n etc la, dan saya sendiri pon rindu kawan2 sy. kawan2 sekolah, kawan2 matrik (especially my classmates, 1m3s03, n my roommates, aina, cynthia, and nisha.). mse nak pisah dulu, sy x ckp pepon, ayt2 taching la maksud sy, sbb sy org yg berpegang pada kata2, panjang umur, insya'Allah kite jumpe lg. tp dah namanye lumrah manusia, saling merindui bile lama x jmpe. kawan sy yg sorg ni, siap buat video lg, pnye la dia nak tnjkkn yg dia sgt rindukan ktorg. sy poin dah buat dului, so, sy akn imbau kenangan bile bkk blk video tu la.

baru2 ni, buat pertama kalinya saya hang out ngn kwn2 skool sy dlu. ktorg x buat bnyk aktiviti pon, cume g tgk wayang sama2 n g mkn sme2. memang satu moment yg indah. mmg kalo nak fikir penat, mmg pena, tp apa salahnye kite jmpe kan, supaya ukhwah tu terjalin lebih mantap. kalo x pernah jmpe langsung, mmg rasa janggal gile kan? alhamdulillah, ktorg x rasa janggal. kalau diikutkan, diorg bknlah kwn baik saya, tp sejujurnya, bila kita dah jadi alumni, secara automatiknya, yg x rapat boleh jd rapat. kenapa? sbb ini yg dinamakan ikatan persahabatan @ bonds of friendship @ ukhwah. saya sgt gembira hari tu bila jmpe  blk kawan2 sy. rasa macam segala masalah hilag jap sbb dpt jmpe.

tu hnye sebahagian kwn2, kalo dpt jmpe semua? tentu lg best, kawan2 matrik saya, lg kerap post dalam fb, ckp rindu n so on, sy pon sama. tp sy x post dlm fb, sy cuma bg komen. to my ex-classmates, 1m3s04, insya'Allah, panjang umur kita jmpe lagi, aq un dah boring tgk mke nazhirah kat cni...(heheheh, gurau je). to my ex-roommates, korang mmg roommates yg terbaik dlm hidup saya. susah nak jmpe roommates yg terima kita seadanya, yg boleh buat kita ketawa selalu, yg boleh buat kita tenang bila tengah stress. thanks to my beloved roommates, Aina shuhada bt mohd khaira, cynthia jothi ravichanthiran and nishanthi vijandran. 

to my matrik's classmates, you're the best ever after. xde org yg leh ganti korang dlm hidop aq. segala momen yg kita pernah buat ,harap berkekallan hingga ke akhir hayat. moga segala yg kita buat bersama diredhai Allah s.w.t.  korang ramai sgt, so aq malas nak mention nme sorg2, tp aq harap kite dpt jmpe lg, walaupun aq tau, kite ni sume dah duduk jauh2 dr satu sama lain. 

to my ex-schoolmates, aq jujur ckp aq pon rindu korang. gaduh ngn korang, gelak ngn korang, mmg jd momen terindah. kat sekolah kesayangan kite tu la aq kenal korang, menjadi orang yg kenal agama, dapat kwan2 yg beragama (yg beramal dengan apa yg dikatakan and dipelaajari), thanks kat korang2 yg selalu bg nasihat kat aq, yg selalu layan perangai aq yg tak menentu. 

last words, 
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU, WHERE EVER YOU ARE, AND I HOPE YOU ALL WILL LIVE HAPPILY. 

special thanks to, Nur atiqah akhyani, nurin jazlina ayub, nadiah nadzirah and aiqa elora for the sweet moment last wednesday. 

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA.

Thursday, 11 July 2013

my path of life.,,

2001-2006:

enam taon blajo kat elementary school. sy ni bkn pandai sgt pon. zaman sekolah rendah sy biase2 je. xde pepon yg gempak. anugerah pelajr contoh x pernah dpt. blajo, y sy sokmo scorenye bahasa melayu je la dr darjah1. BM mmg maintain A, kekadang je jatuh cket, dpt B, tp x pernah bwh dr tu. mak sy ckp sy ni reti bce mse darjah 2. ops lmbt tu, kalo ikut sistem KSSR, abih doh sy dok kelas last. alhamdulillah, sikit2 sy mula tunjukkan peningkatan. jujurnye sy sokmo dpt 3A je mse kecik2 dulu.

pastu sy meningkat cket2, dan akhirnya sy dpt 5A mse UPSR.alhamdulillah. bkn satu  kebanggan sebenarnye sbb tu mse sekolah rendah, xde pepe utk dibanggakan.apa yg saya nak citerkan sebenarnye adalah masalah saya ngan sains. enam taon sy blajo, sush btol nak dpt A sains. mse final, yakni UPSR br la merasa, mse dulu, kalo dpt pon, bianye cukup2 mkn je A. 90++, jgn harap la.

2007-2009:

sy masok sekolah menengah. sekolah sains.aliran sains lg. mse ni sy x fikir pon tntg kelemahan sy dlm sains, yg saya tahu, sy nak masuk sekolah berasrama je. Allah makbulkan hasrat sy. walaupun sy msuk sekolah sains, tp dalam diri sy dah bercita-cita,sy nak jd peguam. itu je yg sy fikir. sy

sy makin dekat ngan PMR. mse taon 2009, bnyk btol kelas tambahan cikgu2 sy buat. cikgu math lg wat kelas smpi  dekat pukul satu. mse ni kalo ujian biase, sains say plg tinggi pon B je.dan akhirnya Disember 2009, result PMR kuar. sy dpt A untk sains sy. alhamdulillah.

2010-2011:

2 taon sy blajo sblom SPM. saya amik aliran sains tulen. result sy masih kurang bagus utk subject2 sains, Biology, Kimia , Physics dan x dilupakan Additional MAthematics. sume tu sy sentiase dpt cukup2 mkn je. berapa? xyah citer la. cuma sy nak citer keterukan nye.....aisy, susah nak ckp..

pastu bln November 2011, sy pon amik SPM. sblom bnyk gak kelas tambahan tp dah xde dah kelas smpi dkt kol 1 pagi. at the end sy dpt saya dpt sume lulus utk subjek2 sains saya. alhamdulillah, xde gagal.

2012-2013:

sy dpt result SPM sy mse bulan 3 2012. alhamdulillah. tp pada taon tu sy terpaksa melupakn hasrat sy utk smbung blajo dlm bidang undang2. sy dpt twaran ke matrikulasi. kalo diingt blk,, pada sy nilah mimpi ngeri yg plg dahsyt. kalo diberi peluang utk ulang semula, mmg sy xnak. bkn sy benci, tp subjek2 sains yg memnatkan bg sy. kat matrik sy blajo Biologi, Kimia, Matematik dan Sains Komputer. selama 10 bulan sy blajo sains komputer, mse semerter satu, hanya sains komputer je yg sy dpt A. yg len2 sume nye B je, alhamdulillah, Allah nak tunjukkan jalannya pada sy . sy mulai mencintai sains komputer.


ok, sekrang pengajaran dr citer2 sy tu. hidup sy sentiasa teruk kalo berkaitan ngan subjek sains. dah masuk program pra-universiti pon, masih bnyk kekurangannye. lalu Allah tunjukkan sy jlnnye. Dia dah takdirkan yg Dia dah tentukan takdirnya utk sy. sy blajo, kemudian dpt keputusan bgs mse UPSR, Allah anto sy utk smbg blajo dlm bidang sains lg supaya sy dpt masuk matrik. mse kat matrik sy temui minat br sy, sains komputer. dan Allah takdirkan, sy utk memilih sains komputer sebgi pilihan sy utk melanjutkan pelajaran dlm bidang Ijazah sarjana muda. seorg pensyarah sy kat matrik ckp yg bidang sains komputer xde peluang pekerjaan, mse tu sy down sgt tp kemudiannya kwn sy g tnye kat kaunselor, dan kaunselor ckp yg sume bidang ada jobs, jgn risau. my spirit up again. sy doa lg dan lagi. akhirnya sy berjaya. bulan September ni, insya'Allah, kalo xde aral melintang, sy akn melanjutkan pelajaran sy dlm bidang Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia).

buat mereka2 yg asyik mengeluh sbb terpaksa blajo sesuatu yg x diminati, percaya pada takdir Ilahi.Allah dah tentukan takdir untuk kita semua sejak kita roh kita belum ditiupkan lg. Allah bg perancangan jangka panjang kat kita, seblom Dia tunaikan hasrat kita. Allah lebih tahu siapa kita berbanding kita sendiri. DIA kan Tuhan sekalian alam, Tuhan yg menciptakan kita. bersyukurlah...

 special thanks to all my teachers n lecturers.

1)ni cikgu2 yg mengajar sy mse darjah enam:
   cikgu nurizah, sir aidil, cikgu raja, cikgu zul, cikgu riduan.

2)cikgu2 sekolah menengah yg ngajo sy:
    pn Norsiati (cikgu maths n kimia pertama sy),cik Haryati, en. leong dzou chang, pn.Faezah Jahar , en.Mahadi, en.Ahmad Nazir, En.Mat Hatta, Pn. Wan Zahidah, en.Mat sabri, en.Johari alwi, en.Zaini, ustaz Azizul, ustaz Joha, Ustaz Izalludin, ustazah Sh. Noraiham, ustaz Jasmani,ustaz Wan Naziran, pn.Fauziah,En.Anuar, Pn.Siti Khatijah, encik.Syed Shuhaimie, En.Mohamed (cikgu Mat), pn.Rahayu, Pn.Liew, en.Azzatul Azzeruls, pn. Marlina, Pn.Zalini, en.Hamidi,Pn.Siti Nurizah,pn.Norasyikin Jelani, pn.noHasni en.mohd Ikmal, , en.Asmui, cik Aizar, Pn. Ana Shirin, pn. Norzulaikha, dan x dilupakan, mentor Kimia sy, Bonda Azizah.

3)pensyarah2 matrikulasi:
   Pn.Hazlima bt Hamzah, Cik Siti Khairiah bt Abdollah, pn.Hafidzoh, en.Onn Ibrahim, Pn.Nor Hazwani bt Nazri, En.Abdullah, Pn. Kamaisah dan Puan Niety., pn Rohaizie, pn nor Azida, pn.Aini, en. ridhuan, pn.shahida.