Blog Archive

Tuesday, 23 October 2012

kasih sayang...

kasih sayang.. susah untuk digambarkan dengan kata-kata. walaupun dengan ibu sendiri, kadang-kala ada anak-anak susah untuk mengucapkannya. pada mereka cukuplah dengan perbuatan mereka sahaja. tetapi tahukah mereka betapa si ibu mengharapkan mereka mengungkapkan kata-kata hikmat itu walau sekalupun?

setiap kali selepas telefon, si ibu akan kata" mak sayang kamu" dan si anak hanya membalas ok. sangat susah untuk diucapkan kepada si ibu. tetapi apabila dia membalas, "saya pun sayangkan mak juga" si ibu sangat menghargainya walaupun hanya sekali ayat itu diucapkan. kerana apa? kerana yang sekali itu amtlah berharga kerana itu adalah ucapan dari anak yang amat dicintai yang dikandung selama sembila bulan 10 hari.

tetapi bagaimana dengan teman lelaki atau teman wanita? fullamak, kalau boleh mereka ingin katakannya setiap saat. kenapa ya dengan mereka, kata-kata itu lancar sekali di mulut? jawapannya mudah sahaja, ungkapan itu jadi menarik apabila ada yang ketiga menusukkan jarum nafsu di jiwa. siapakah yang ketiga itu? jawapan mudah lagi, si iblis laknatullah. seorang ustaz pernah berkata, perhubungan di antara lelaki dan wanita ini sangat indah untuk dilakukan ketika belum ada ikatan yang sah adalah kerana kehadiran iblis yang menusukkan jarum nafsu di jiwa anak -anak Nabi Adam dan Hawa.

sesungguhnya, ungkapkanlah kata-kata penuh kasih sayang itu kepada ibu bapa, kaum keluarga dan kepada individu yang sah disisi kita. jangan mudah meluahkannya kepada orang-orang yang tidak sepatutnya. setiap kali telefon ibu atau bapa, katakan " mak@ibu@umi@mama@amma@omma, saya cintakan anda kerana Allah, semoga kita bertemu di syurga kelak".

kasih ibu dibawa mati, kasih bapa kekal sepanjang hayat.

Saturday, 6 October 2012

ini suatu kisah (part 2)



Azan subuh masih belum berkumandang. Di pagi yang hening itu, salah seorang saudara yang menghantar sang bapa ke klinik pulang ke rumah. Semua yang menanti di halaman rumah segera berdiri. Reaksi  spontan itu berlaku tatkala rasa ingin tahu menguasai diri. Saudara yang tiba itu hanya menggelengkan kepala. Tanda isyarat bahawa si ayah sudah kembali menghadap Ilahi.
Si anak yang terlalu mentah itu seakan memahami bahasa isyarat  itu. Tatkala itu juga suara tangisan memenuhi laman rumah putih itu.  Bukan si anak sahaja menangis malahan seluruh kaum keluarga yang sedang duduk di situ menangis. Saat azan subuh berkumandang, halaman rumah yang selama ini riuh dengan suara kanak-kanak yang datang bermain kini dipenuhi dengan suara tangisan di atas kesedihan pemergian si ayah.
Si anak menangis semahunya. Tiada yang cuba memujuk si kecil itu. Mereka semua tenggelam dalam kesedihan masing-masing. Akhirnya, kakak si ayah memainkan peranannya sebagai  ahli keluarga yang paling tua. Si anak kecil itu disuruh menelefon ahli keluarga ibunya untuk memaklumkan pemergian si ayah yang pergi tidak kembali. Dia masuk ke dalam rumah dan mendail nombor telefon neneknya.
*********************    *************************    **********************************

Di rumah kayu yang banyak menyimpan memori keluarga yang menghuni kediaman itu bingit dengan bunyi deringan telefon. Penghuni tua itu baru sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Jarang sekali ada yang menelefon di subuh hari begitu kecuali ada kecemasan. Jantungnya berdegup kencang. Dia dapat merasakan seakan berita buruk yang akan didengarinya sebentar lagi.
Ganggang telefon diangkat. Suara tangisan kedengaran. Degupan jantungnya semakin kencang.

“Wan, ayah dah tiada,”kata-kata cucunya yang dijaga semasa masih dalam pantang itu terasa sangat sayu. Ingin sekali dia segera meredakan kesedihan si cucu. 
Selepas beberapa minit, talian diputuskan. Si nenek segera memaklumkan kepada semua anak-anaknya tentang pemergian menantu lelakinya itu. Lalu dia segera enunaikan solat subuh.

************             **********************************************     *****************

Si anak duduk di penjuru pintu kaca rumahnya. Dia seakan hilang punca. Saat ini dia amat memerlukan ibunya di sisi tetapi si ibu sedang menanti kematian ayahnya disahkan di klinik kampung itu. Ahli keluarganya sebelah bapanya mulai sibuk menyediakan kelengkapan tempat untuk meletakkan jenazah si ayah.

“ adik, ada tak tilam nipis di rumah ini?” ibu saudaranya bertanya.
Dia berfikir sejenak, tempat tidur yang selalu digunakannya selama ini dipanggil ‘toto’, kalau tilam nipis,mungkin yang digunakan ayahnya ketika terkena strok 2 tahun lepas agaknya. Tetapi sudah lama tilam itu tidak digunakan. Di mana tilam itu? Lama sekali si kecil itu berfikir. Kakak sepupunya seakan hilang sabar dengan perangai si kecil itu.

“adik, ada ke tidak?” soal si kakak sepupu.
“rasanya bawah katil tempat ayah tidur tadi,” jawab si anak.
Si anak hanya memerhati kaum keluarganya menyediakan tempat untuk si ayah.

**************             *********************************************         **************

Selepas jam 8 pagi, jenazah si ayah tiba dengan menaiki ambulans klinik kesihatan kampung. Si ibu ada bersama-sama di dalam ambulans itu. Dia asyik mengelap air matanya yang asyik turun tanpa henti. Tika ini, semakin ramai ahli keluarga yang mulai membanjiri kawasan rumah itu. Saat melihat anaknya, dia segera memeluk si kecil itu.
Bekalan air sudah 2 hari terputus. Atas jasa baik Jabatan Bekalan Air, mereka telah menghantar selori bekalan air ke rumah yang sedang diselubungi kesedihan itu. Ketika persiapan sedang dilaksanakan, si anak duduk di sisi jenazah si ayah bersama-sama seorang lagi kakak ayahnya. Mereka membaca surah Yassin bersama-sama. Saat itu si anak melihat wajah ayahnya sangat putih dan selesai membaca surah Yassin itu, dia segera mencium pipi si ayah.

“Muka ayah sejuk la mak itang…” ucapan jujur dari seorang anak.
Ibu saudaranya terasa sebak di dada di kala mendengar ucapan jujur dari seorang anak yang masih kecil itu. Dia segera mengucup ubun-ubun si kecil yang baru sahaja menjadi si yatim itu. Setelah itu, si anak berjalan di sekitar rumahnya, dia melihat ramai rakan-rakannya yang datang. Dia terlihat seorang rakannya yang kematian bapanya juga pada tahun lepas. Dia segera menghampiri rakannya itu.
“ Awak, sekarang ni kita dah sama la. Kita berdua sama-sama tiada ayah kan..” jujur ucapannya sambil tersenyum.
Rakannya langsung tidak member sebarang reaksi. Ibu rakannya yang duduk di sisinya hanya tersenyum tawar. Andailah anak ini tahu hakikat sebenarnya…..
Apabila si bapa dimandikan, si ibu membantu sekali. Ramai rakan-rakannya yang ingin sekali melihatnya tetapi dilarang keras oleh AJK masjid. Hanya si anak  yang dibenarkan untuk melihatnya. Tatkala itu dia terasa sedih kembali. Walaupun masih kecil, dia tetap tahu bahawa sampai satu masanya nanti dia tidak akan melihat wajah bapanya lagi.
Lalu dia keluar dari kawasan itu dan menangis lagi. Tangisannya perlahan tetapi henjutan badannya jelas menunjukkan bahawa dia sedang bersedih. Ahli keluarga dari sebelah  ibunya langsung tidak memujuknya, dia dibiarkan sendirian melayan perasaan. Saat perpisahan semakin hampir. Dia terus menangis sehingga bapanya dikafankan. Saat itu, adik bongsu bapanya segera memanggil ahli keluarga yang ingin menatap wajah si ayah buat kali terakhir sebelum wajahnya ditutup. Ramai yang dating untuk mengucup wajah si ayah, anak-anak saudaranya, adik-beradiknya. Si kecil itu seakan tersisih di belakang. Lalu adik bongsu si bapa tadi segera member arahan,
“ semua tumpang lalu. Bagi adik lihat wajah ayahnya dulu. Adik. Mari sini, cium ayah kamu, lepas ni kamu sudah tidak boleh cium ayah lagi. Mari sini cepat,” adik bapanya itu menarik tangannya lalu membawa si anak meng hampiri bapanya. 
Semua orang memerhatikan satu saat yang amat memilukan itu. Puas si anak mengelap air matanya, tetapi  air mata itu seakan enggan berhenti. Berkali-kali dia mengelap air matanya menggunakan baju yang dipakainya. Semua yang memerhatikannya si anak dan si ayah berasa pilu sekali. Mereka semua tahu betapa selama ini si ayah sangat melindungi satu-satunya anak perempuan yang dimilikinya itu. Akhirnya, si anak Berjaya mengurangkan esak tangisnya. Dia segera mengucup wajah bapanya.
*************             ***************************************    ******************
Saat si ayah dimasukkan ke liang lahad, si anak duduk di tepi lubang kubur itu melihat abang sepupunya, bapa-bapa saudaranya memasukkan ayahnya ke dalam kubur. Tiada lagi tangisan dari si anak.  Dia hanya memerhatikan ayahnya di kambus dengan tanah merah. Dan mulai dari hari itu, tiada lagi si anak manja dalam kamus hidupnya kerana tiada lagi si bapa yang akan melindungi dirinya.
Mulai saat itu, si anak sudah mengeraskan hatinya supaya tidak lagi lemah dan dia harus menjadi seorang individu yang lebih kuat. 
Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Kita dicipta menggunakan tanah, dan di dalam tanah jualah tempat persemadian terakhir sebelum menemui Sang Pencipta Yang Maha Agung. 



TAMAT...